Pemotong besi didakwa bunuh wanita di ladang kelapa sawit

Astro Awani
Disember 12, 2017 14:52 MYT
R Kupusamy, 54, dituduh membunuh S Letchumi, 28 antara jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam pada tarikh kejadian. - fotoAstroAWANI
Seorang lelaki bekerja sebagai pemotong besi didakwa di Mahkamah Majistret Kampar hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita di ladang kelapa sawit pada 30 November lalu.
R Kupusamy, 54, dituduh membunuh S Letchumi, 28, antara jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam pada tarikh kejadian.
Dia dituduh melakukan kesalahan tersebut di ladang kelapa sawit di belakang Taman Permai, kampar.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang dituduh mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.
BACA: Wanita maut dijerut ditemui
BACA: Kes wanita maut dijerut, suami isteri ditahan
Pendakwaan dijalankan timbalan pendakwa raya, Oon Kork Chern di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan 30 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu keputusan DNA, laporan kimia dan bedah siasat terhadap mangsa.
Pada 1 Disember lalu, seorang wanita ditemui mati dengan kesan jerutan di lehernya di sebuah ladang kelapa sawit.
Pihak polis turut menemui kunci dan helmet motosikal berhampiran dengan mangsa manakala motosikalnya diletakkan di sebuah restoran di Kampar.
#bunuh #Bunuh Ladang Kelapa Sawit #DNA #Kampar #mahkamah #mangsa #mati #polis #S Letchumi #Taman Permai #wanita
;