Pemimpin wajar contohi sifat kepimpinan Rasulullah, saran netizen
Astro Awani
Disember 24, 2015 15:06 MYT
Disember 24, 2015 15:06 MYT
Sekitar sambutan Maulidur Rasul 1437H peringkat kebangsaan yang berlangsung pagi tadi - Foto Astro AWANI
Pemimpin masa kini wajar mengambil tauladan daripada sifat kepimpinan Rasulullah SAW, saran komen-komen di media sosial hari ini.
Bersempena sambutan Maulidur Rasul 1437H, kami di Astro AWANI telah memuat naik satu imej beserta perkongsian daripada pengguna media sosial.
Bagi @AinGGMU, beliau berpandangan tentang bagaimana Rasulullah tidak mengambil kesempatan daripada kedudukannya.
Tambahnya lagi, kesederhanaan adalah faktor penting yang menjadikan imej kepimpinan Rasulullah dipandang tinggi.
Selain daripada jujur dan amanah, berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah turut mendapat perhatian netizen.
Komen netizen tidak sekadar untuk pemimpin, malah turut disampai kepada pengamal media tempatan.
Menurut @fariQrahman19, setiap pengamal media harus berkata benar walaupun pahit. Media juga harus menggunakan medium yang ada untuk menyalurkan berita yang sahih dengan telus.
Anda masih berkongsi pandangan anda mengenai sifat kepimpinan Rasulullah SAW yang wajar diteladani oleh pemimpin masa kini dan masa depan menerusi Facebook Astro AWANI.