Pemimpin UAE utus ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Kebangsaan

Bernama
Ogos 31, 2023 23:40 MYT
Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan. - Gambar fail BERNAMA
ABU DHABI: Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan mengutus ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 semalam.
Naib Presiden UAE yang juga Perdana Menteri dan Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum dan Naib Presiden, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Mahkamah Presiden Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan turut menghantar perutusan yang sama kepada Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya pagi semalam dihadiri lebih 100,00 orang daripada segenap lapisan masyarakat.
Bertemakan 'Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan', sambutan Hari Kebangsaan tahun ini melibatkan 17,262 peserta, 67 kontinjen, 36 pasukan pancaragam, 534 aset darat dan udara serta 100 haiwan dalam perkhidmatan.
-- BERNAMA
#UAE #Hari Kebangsaan #tahniah #Yang di-Pertuan Agong