Pemimpin Pusat dan negeri zahir takziah atas pemergian Masing

Astro Awani
Oktober 31, 2021 13:49 MYT
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing meninggal dunia pada pagi Ahad akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID-19.
KUALA LUMPUR: Pemergian Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing pagi Ahad akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID-19 diratapi beberapa rakan pemimpin negeri dan Persekutuan.
Beberapa pemimpin politik tempatan dilihat menggunakan platform media sosial mereka untuk menzahirkan ucapan takziah kepada mendiang, antaranya Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
“Sedih mendapat perkhabaran Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Anak Masing meninggal dunia pagi tadi.
“Takziah kepada seluruh ahli keluarga dan kenalan rapat mendiang. Semoga kuat dan tabah mendepani ujian yang amat berat ini,” tulis beliau di laman Facebooknya pada Ahad.
BACA: Jasad mendiang Masing tiba di kediaman, penghormatan akhir dijangka selama tiga hari
Sumber Facebook HishammuddinH2O
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadilah Yusof antara yang terawal merakamkan ucapan takziah.
“Saya sedih dengan berita kematian Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing awal pagi tadi.
“Ucapan takziah saya doa saya sampaikan kepada keluarga. Semoga Tuhan memberi kekuatan kepada keluarga ini untuk mengharungi masa yang sukar ini,” tulis Nanta Linggi di Twitter beliau.

I am saddened by the news of Deputy Chief MInister Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masings passing early this morning. My deepest condolences and sending my thoughts and prayers to the family. May God grants the family strength to go through this difficult time. pic.twitter.com/6FtOlVn4ED

— Alexander Nanta Linggi (@AlexNantaLinggi) October 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Fadilah pula turut merakamkan ucapan sama di Twitter beliau dengan ciapan:
“Sedih dengan berita Tan Sri Dr James Jemut Masing, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, baru sahaja meninggal dunia pagi tadi.
“Kita kehilangan orang hebat yang telah mendedikasikan hidupnya, bukan sahaja untuk negeri ini, tetapi seluruh negara.
“Takziah saya ucapkan kepada keluarganya,” tulis beliau.

Saddened by the news that Tan Sri Dr James Jemut Masing, the Deputy Chief Minister of Sarawak, had just passed away this morning. We lost a great man who has dedicated his life, not only for this state, but the entire nation. My deepest condolences to his family pic.twitter.com/3hGzJpyLfA

— Fadillah Yusof (@PetraJayaMP) October 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut merakamkan takziah buat rakan seperjuangannya itu dan menyifatkan mendiang sebagai 'anak Sarawak yang berjiwa nasionalis sejati'.
"Hari ini saya menerima berita dukacita diatas pemergian rakan seperjuangan saya Tan Sri James Jemut Masing yang baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi.
"Beliau adalah seorang rakan yang sangat baik dan setia bersama dalam berbagai keadaan. Tan Sri James juga adalah anak Sarawak yang berjiwa nasionalis sejati. Pemergiannya adalah satu kehilangan besar bagi kita.
"Salam takziah kepada Puan Sri Dato Corrine dan keluarga. Tuhan lebih menyangi hambanya. Berehatlah dengan tenang di sana," tulisnya di Facebook beliau.
Sumber Facebook dswanjunaidi
Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Masing atas pemergian pemimpin tersebut.

Deepest condolences to Puan Sri Datin Amar Corrine Masing and the family of the late Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing over the passing of their loving husband and father. May the Lord give comfort and peace to his family members at this time of grief. REST IN PEACE. pic.twitter.com/uOgNmMLeBr

— YB Datuk Ali Biju (@AliBiju_my) October 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain pemimpin politik, Suruhanjaya Tinggi New Zealand turut menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian Masing.
“Suruhanjaya Tinggi merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut anak Masing.
“Tan Sri James adalah salah seorang alumni kami yang dihormati, dan rakan baik NZ. Takziah kami untuk rakan dan keluarganya,” ciapan di laman Twitter rasmi suruhanjaya tersebut pada Ahad.

The High Commission expresses our deepest condolences on the passing of the Deputy Chief Minister of Sarawak, YB Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut anak Masing. Tan Sri James was one of our esteemed alumni, and a good friend of NZ. Our thoughts are with his friends and family. pic.twitter.com/bEtTAbSKzf

— NZ High Commission Kuala Lumpur (@NZinKualaLumpur) October 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berikut merupakan antara ucapan takziah disampaikan atas pemergian Masing:

Saddened by the passing of TS Dr James Jemut Masing, DCM of Sarawak. We lost a great man who has dedicated his life, not only for the people of Sarawak, but the entire nation. My deepest condolences to his family. #TSV#TanSriSAVigneswaran#MICPresident#MICCares#MICLeads pic.twitter.com/J6UFyEgbOx

— Tan Sri SA Vigneswaran . (@TSVigneswaranSA) October 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Deepest condolonces to the family of Deputy Chief Minister Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing. May your soul rest in peace pic.twitter.com/PkAUSLdI7j

— Parti MUDA Sarawak (@MUDAxSarawak) October 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

BELASUNGKAWA Salam takziah kepada seluruh keluarga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing yang meninggal dunia awal pagi tadi. pic.twitter.com/4oELJo8IkK

— Kuching City F.C. (@OfficialKCFC) October 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Masing yang merupakan graduan Victoria University, Australia mula terlibat dalam politik pada 1983 apabila menjadi ADUN Baleh atas tiket Parti Bansa Dayak Bersatu.
Sejak itu, beliau bertahan di kerusi tersebut selama sembilan penggal, termasuk tiga penggal atas lambang PRS.
Antara jawatan yang pernah dipegang beliau sebelum ini adalah sebagai Menteri Kemajuan Tanah, Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi serta Menteri Pelancongan.
Belasungkawa | Pemergian Masing satu kehilangan besar
#James Jemut Masing #Sarawak #COVID-19 #Hishammuddin Hussein
;