Pemimpin parti, kerajaan zahirkan takziah pemergian Tan Sri Wan Mokhtar
Astro Awani
September 21, 2020 14:05 MYT
September 21, 2020 14:05 MYT
Pemergian bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad disifatkan satu kehilangan besar kerana jasa dan khidmatnya kepada rakyat khususnya di Terengganu.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Allahyarham merupakan Menteri Besar Terengganu paling lama berkhidmat iaitu bermula 1974 sehingga 1999.
"Mewakili Kerajaan Negeri, saya mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham. Sama-sama kita doakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah," katanya melalui statusnya di Twitter pada Isnin.
Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
"Innalillahiwainnailaihirojiun bekas MB Terengganu, Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri. Semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Al-fatihah," katanya di Facebook pada Isnin.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mezahirkan takziah kepada bekas pemimpin UMNO disegani itu.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga turut berdukacita dengan pemergian bekas Menteri Besar Terengganu itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Pemimpin dari Pas turut menzahirkan ucapan takziah:
#Allah
#Anwar Ibrahim
#Facebook
#keluarga
#kerajaan
#meninggal dunia
#menteri
#Menteri Besar
#Najib Razak
#PAS
#Perdana Menteri
#PKR
#presiden
#rakyat
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#Twitter
#UMNO
#Zahid Hamidi