'Pemimpin negara kena sokong' - Ahli Parlimen Santubong

Assim Hassan
Februari 23, 2020 19:34 MYT
Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
"Pemimpin negara kena sokong,".
Demikian reaksi Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika ditanya pemberita sama ada beliau menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Dr Wan Junaidi ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat tergempar Gabungan Parti Sarawak yang dipengerusikan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Mesyuarat tergempar yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara itu berlangsung pukumel 2 petang Ahad.
Wan Junaidi yang lengkap bersut dan songkok itu turut memaklumkan, pertemuan itu hanya untuk persediaan persidangan Dewan Rakyat yang bermula 9 Mac ini.
Ditanya intipati lain mesyuarat itu, Wan Junaidi meminta soalan itu diajukan kepada Abang Johari.
Pada Ahad, Abang Johari yang juga Pengerusi GPS mengadakan mesyuarat bersama barisan Ahli Parlimen gabungan itu.
#Dewan Rakyat #Gabungan Parti Sarawak #GPS #Mahathir Mohamad #mesyuarat tergempar GPS #Parlimen #Perdana Menteri #Wan Junaidi #Wan Junaidi Tuanku Jaafar
;