KUALA NERANG: Pemimpin masyarakat seperti ketua kampung, penghulu, imam, jawatankuasa masjid serta Pejabat Daerah diharap dapat berfungsi sebagai platform untuk menyalurkan maklumat terperinci berkaitan penduduk kampung masing-masing terutama melibatkan keluarga daif dan miskin.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, maklumat berkenaan seterusnya akan disalurkan kepada agensi terlibat bagi memastikan proses penyaluran bantuan dapat diagihkan dengan sempurna, sekali gus mengelakkan daripada berlakunya keciciran.
Jelasnya, antara agensi yang terlibat adalah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) melibatkan negeri Kelantan, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) di Terengganu serta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bagi negeri Kedah.
"Saya berharap ketua kampung dapat bantu (keluarga yang daif serta miskin), kemudian pemimpin masyarakat setempat dapat membantu (terutama dalam salurkan maklumat) malah tuan imam dekat kawasan kariah masjid (juga boleh).
"Kalau sudah tahu (keluarga) dia itu miskin, laporlah dan kita (di KPLB menerusi agensi terlibat) boleh bantu, seperti di Kelantan, kita ada KESEDAR di bawah kementerian saya, di Terengganu kita ada KETENGAH, (dan) di Kedah ada nama KEDA," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Iftar dan Solat Tarawih bersama Warga Felcra Padang Terap di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka pada Sabtu.
Dalam perkembangan sama, Mahdzir menyatakan, pihak kementerian menerusi agensi-agensi yang terlibat mempunya pelbagai program bagi membantu keluarga daif dan miskin termasuk membantu membaik pulih rumah serta membina rumah baharu buat mereka.
Bagaimanapun, jelasnya beberapa masalah seperti penyampaian informasi kepada keluarga terlibat menyebabkan mereka tidak menerima manfaat daripada kerajaan selain menjurus kearah keciciran daripada menerima sebarang bantuan.
"Kita memang sediakan peruntukan untuk baik pulih rumah tetapi dia punya agensi berdekatan itu (tiada maklumat terperinci) atau (tidak tahu) siapa yang (terlibat untuk) hendak tolong (keluarga) dia, yang nak tolong dia ini sama ada ketua kampung ataupun penghulu mukim dan pejabat daerah, (yang berada) dibawah daripada agensi (yang terlibat di bawah KPLB).
"Agensi itu kalau di Kedah, agensinya adalah KEDA, KEDA boleh tolong, kalau kata nak buat rumah baru, kita juga boleh tolong, tetapi itulah kadang kadang yang saya bimbang, (keluarga miskin itu), dia tidak dapat sampaikan 'info' (terperinci) kepada orang, dia miskin, kemudian dia tak ada siapa yang ambil kisah bab dia, jadi dia tidak ada siapa (nak beritahu tentang keadaan sebenar)," kata Mahdzir.
Terdahulu, kisah duka seorang budak lelaki bergelar Akid yang hidup serba kekurangan di samping keluarganya di Kota Bharu, Kelantan yang tular Rabu lalu mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi hantaran di media sosial MyFundAction yang tular, telah memaparkan mengenai kesusahan adik Akid atau nama sebenarnya Wan Akid Afham Wan Mohd Ruhsemadi, 13 tahun, yang terpaksa bekerja bagi mencari sesuap nasi selain rumah yang didiami bersama keluarga juga hampir roboh disebabkan rosak.
Abd Hadi Che Awang
Sat Apr 09 2022
Mahdzir bercakap pada sidang media selepas Majlis Iftar dan Solat Tarawih bersama Warga Felcra Padang Terap di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka semalam. - Foto Astro AWANI
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Kesediaan hadir program di negeri pembangkang perlihat PM utamakan rakyat
Keterbukaan itu memperlihatkan sikap Perdana Menteri lebih mementingkan soal pembangunan dan kebajikan rakyat.
Bekas Speaker DUN Kedah meninggal dunia
Kesihatan bapanya merosot sejak dua minggu lepas dan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta sebelum dipindahkan ke HSB.
Azraai Khor berdedikasi, utamakan kebajikan pemain - Mahdzir
Allahyarham Mohd Azraai Khor Abdullah yang membimbing pasukan bola sepak Kedah antara 2004 hingga 2009 disifatkan sebagai seorang yang berdedikasi.
PRN: BN Kedah akui kekalahan, terima keputusan rakyat - Mahdzir
Barisan Nasional (BN) Kedah akur dengan keputusan yang diperoleh pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) kali ini.
Mahdzir Khalid kalah di Pedu
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.
PRN: Pedu akan jadi hab pengeluaran getah asli, tarik minat pelabur - Tok Det
Mahdzir berhasrat untuk menjadikan Pedu sebagai lubuk pengeluaran hasil getah.
Rakyat digesa pilih pemimpin mampu tadbir - Mahdzir
Kemajuan negeri bergantung kepada hubungan yang baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan.
PRN: Gelombang penolakan terhadap BN di Kedah sudah reda - Mahdzir
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata gelombang penolakan terhadap BN sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas dilihat kini telah reda.
PRN: Mahdzir anggap diri calon 'underdog', mahu rampas kerusi Pedu
Situasinya kini hampir menyamai tahun 2004 apabila kembali bertanding di DUN Pedu dan berjaya merampas kerusi daripada wakil rakyat Pas.
Gabungan PH, BN lancar Manifesto Perpaduan Negeri Kedah
Manifesto itu adalah hasil himpunan pemikiran bersama pimpinan BN dan PH bertujuan memastikan masa depan lebih baik untuk rakyat Kedah.