Pemimpin kumpulan Baju Merah, Jamal Yunos ditahan di KLIA

Astro Awani
Oktober 19, 2016 09:37 MYT
Jamal (tengah) berkata, dia ditahan pada pukul 8.30 tadi sejurus tiba dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu sebelum dibawa ke Balai Polis Dang Wangi. - Foto Astro AWANI
Pemimpin kumpulan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos dilaporkan ditahan oleh pihak polis pagi ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Sepang.
Menurut laporan, Jamal yang dihubungi The Star Online berkata, dia ditahan pada pukul 8.30 tadi sejurus tiba dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum dibawa ke Balai Polis Dang Wangi di sini.
“Saya tidak pasti mengapa saya ditahan tetapi mungkin ada kaitan dengan Baju Merah,” dia dipetik berkata oleh portal berita itu.
Sebelum ini beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Jamal yang mendakwa dia telah memuat naik kenyataan di laman Facebook kemungkinan peristiwa sengketa kaum pada 13 Mei 1969 berkemungkinan berulang.
Jamal bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan mendakwa ia adalah akaun palsu.
#Bersih 5.0 #Datuk Jamal Md Yunos #Maria Chin #Perhimpunan Baju Merah
;