KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah pemimpin dan ahli koperasi perlu berintegriti serta amanah dalam menguruskan aset serta perolehan koperasi untuk kepentingan negara.
Seri Paduka juga bertitah baginda berasa bangga dengan pencapaian koperasi di negara ini dengan asetnya yang telah menjangkau RM150 bilion.
"Ini satu angka yang besar, harap ini dapat diurus tadbir dengan sebaik mungkin. Setiap ahli (koperasi) ini harus berintegriti, amanah supaya tidak lalai dalam urusan tadbir urus demi untuk kepentingan tujuh juta ahli yang sedia ada.
Ini satu amanah yang besar, dan jadikan koperasi ini satu koperasi yang boleh sama-sama dibangun dan memberi faedah kepada tujuh juta ahli," titah Seri Paduka pada Majlis Santapan Malam bersempena Sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi di sini, malam ini.
Justeru, Al-Sultan Abdullah bertitah koperasi akan dapat berdiri sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan, selain ahli koperasi perlu memberi panduan serta cara memajukan koperasi kepada kerajaan untuk kepentingan bersama bagi kepentingan negara.
Al-Sultan Abdullah bertitah kepimpinan koperasi perlu turun ke peringkat mukim ataupun kampung untuk memberi taklimat dan seterusnya menarik perhatian anak muda di kawasan kampung menjayakan aktiviti koperasi .
Selain itu, Al-Sultan Abdullah bertitah masyarakat negara ini yang baru sahaja mahu bangkit daripada "perang" COVID-19, kini berdepan pula dengan isu tercetusnya konflik antara Ukraine dan Rusia yang sedikit sebanyak menghampakan momentum untuk negara bangkit semula.
"Jadi inilah satu masalah yang selalu kita hadapi, perlu ditangani oleh kita semua sebagai bangsa Malaysia dan Keluarga Malaysia, keluarga koperasi dan semoga kita dapat keluar daripada kemelut yang kita hadapi sekarang.
"Sebentar tadi beta bertanya soal masalah harga ayam, harga beras dan seterusnya dan Alhamdulillah pihak menteri sudahpun beri sedikit sebanyak maklumat tentang hal ini dan saya harap semua ahli-ahli (koperasi) ini dapat beri sokongan yang padu untuk kita sama-sama membantu pihak kerajaan mengatasi masalah yang dihadapi kini," titah Seri Paduka.
Terdahulu, keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli ke majlis berkenaan diiringi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar.
Pada majlis malam ini, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan Anugerah Tokoh Koperasi Negara 2022 kepada Naib Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Datuk Mohamad Ali Hasan dan Anugerah Koperasi Terbaik Negara 2022 kepada Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPFMB).
Terdahulu, Noh ketika mempersembah ucapan menjunjung kasih berkata peranan sektor koperasi dalam pembangunan ekonomi negara dilihat berpotensi besar sebagai pemacu kepada pembangunan sosioekonomi yang inklusif.
"Pada masa ini, sektor koperasi merupakan penyumbang ketiga penting kepada ekonomi negara selepas sektor awam dan swasta. Menyedari peranan penting gerakan koperasi dalam membangunkan sosioekonomi rakyat, kerajaan telah bersetuju agar Hari Koperasi Negara disambut setiap tahun pada hari Sabtu minggu ketiga bulan Julai dan bulan Julai diiktiraf sebagai Bulan Koperasi Kebangsaan," katanya.
Beliau berkata sehingga 31 Dis 2021, terdapat sebanyak 14,834 koperasi dengan keanggotaan seramai 7.07 juta orang, selain jumlah modal syer atau yuran koperasi mencatatkan RM16.54 bilion. Jumlah aset koperasi pula RM154.98 bilion manakala sumbangan perolehan koperasi kepada pendapatan negara pula berjumlah RM37.89 bilion.
Sambutan Hari Koperasi pada tahun ini bertemakan "100 Tahun Gerakan Koperasi, Membangun Keluarga Malaysia" selaras dasar kerajaan semasa yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara terus membangun secara mampan seiring pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 23 2022
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berkenan bertitah pada Majlis Santapan Malam bersempena Sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi pada Sabtu. - Foto BERNAMA
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Agong titah penjawat awam laksana tanggungjawab penuh integriti - KSN
Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua penjawat awam untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh integriti.
Agong terima menghadap Peguam Negara baharu
Menerusi hantaran di Facebook baginda, pertemuan tersebut berlangsung di Istana Negara pada Selasa.
Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menggayakan baju kurung Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei baru-baru ini.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.
Ketua Polis Indonesia, Filipina dahului penerima DKPP daripada Agong
Dua pegawai tertinggi polis Indonesia dan Filipina itu mendahului 100 penerima pingat termasuk empat pegawai kanan PDRM.
Agong berkenan kurnia 100 pingat pada istiadat DKAT 2024
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Tentera Laut ke-19 Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain.