Pemilik warung maut terkena renjatan elektrik ketika basuh kolam ikan
Astro Awani
Ogos 3, 2014 10:31 MYT
Ogos 3, 2014 10:31 MYT
Seorang pemilik warung maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika membersihkan kolam ikan di warungnya di Taman Mahkota, Jalan Hilir, Pantai Irama, Bachok, pada Sabtu.
Dalam kejadian jam 1.15 petang itu,mangsa, Wan Mohd Adif Wan Mahmud, 40, sedang membersih kolam ikan sebelum terkena renjatan eletrik yang mengalir ke dalam kolam daripada punca wayar yang terputus.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mangsa mati serta-merta di tempat kejadian.
Katanya, polis menerima panggilan berhubung kejadian jam 1.30 petang dan enam anggota bergegas ke tempat kejadian.
Bagaimanapun, mangsa didapati telah meninggal dunia, katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mayat bapa lima anak itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu untuk bedah siasat. Kes diklasfikasikan sebagai mati mengejut.