Pemilik suara klip audio diumum minggu ini - KPN

Bernama
Januari 21, 2020 12:32 MYT
Pemilik suara rakaman audio yang didedahkan SPRM dijangka diumum minggu ini, kata Abdul Hamid Bador. - Gambar Astro AWANI
Pemilik suara rakaman audio yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka diumumkan minggu ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Pada 8 Januari lalu SPRM memutarkan rakaman sembilan klip audio perbualan yang didakwa kebocoran maklumat daripada Jabatan Peguam Negara kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan perbualan lain yang dikatakan berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd.
Klip audio itu dipercayai perbualan yang membabitkan Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan beberapa individu lain.
Rabu lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya memberi keterangan selama hampir empat jam kepada polis di Bukit Aman.
Selain Latheefa, turut memberi keterangan adalah Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki serta lima pegawai lain. - BERNAMA
BACA: "You are the Prime Minister, you should take charge ..." - Audio rakaman dipercayai mirip suara Rosmah, Najib
BACA: "I have this personal request, Your Highness" - Audio rakaman dipercayai antara Najib dan Putera Mahkota UAE
#1MDB #Abdul Hamid Bador #Ketua Polis Negara #Najib Razak #rakaman audio #Rosmah Mansor #SPRM
;