Pemilik, pekerja restoran cedera ditembak

Vivi Sumanti
Mac 17, 2018 15:22 MYT
Beberapa pelanggan yang berada di restoran berkenaan selamat daripada terkena tembakan itu. - Foto pembaca Astro AWANI
Seorang pemilik restoran dan pekerjanya cedera dalam satu kejadian tembakan di Kok Lanas di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, pemilik restoran yang berusia 35 tahun cedera di dada dan bahu manakala pekerjanya mengalami kecederaan di punggung akibat terkena tembakan yang dilepaskan oleh dua individu yang datang ke restoran mereka.
Ketika kejadian kedua-dua mangsa yang berada di dalam restoran terbabit tiba-tiba didatangi dua lelaki menunggang motosikal, dengan salah seorang darinya memakai jubah dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.
Beberapa pelanggan yang berada di restoran berkenaan selamat daripada terkena tembakan itu.
Suspek berjubah gelap bersama rakannya bagaimanapun berjaya melarikan diri menaiki motosikal.
Kedua-dua mangsa masih belum diketahui identitinya kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Ibrahim Sharif mengesahkan mengenai kejadian tersebut dan pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian.
#bahu #cedera #dada #Hospital Raja Perempuan Zainab II #Kok Lanas #Pekerja #pemilik restoran #punggung #Superintendan Ibragium Shariff #tembakan
;