Kehadirannya di jalan raya sering disalah ertikan kerana menunggang motosikal jenis Honda CBX750 berwarna putih selain berpakaian jaket ibarat anggota trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Itu yang dialami individu yang ingin dikenali sebagai Wak, 40-an yang menjadi pemilik 'kuda putih', motosikal berkuasa tinggi terpakai yang dibelinya dengan harga RM4,000, ketika lelongan, kira-kira tujuh tahun lalu.
"Tidak dapat dinafikan kehadiran saya di jalan raya membuatkan pemandu kenderaan lain terkejut, mungkin mereka ingat saya polis trafik memandangkan motosikal saya menyerupai anggota keselamatan itu.
"Bagaimanapun, pemandu kenderaan akan sedar saya pengguna jalan raya biasa apabila motosikal tidak mempunyai sebarang logo polis atau siren," katanya.
Katanya, pembeli motosikal yang pernah digunakan oleh PDRM itu dinasihat untuk menanggalkan aksesori seperti logo polis dan siren yang terdapat pada motosikal berkenaan.
Semakan Bernama mendapati, ruangan iklan dalam talian menjadi platform bagi beberapa penjual persendirian menjalankan urusan jual beli motosikal terpakai itu secara terbuka.
Seorang penjual di laman web jual beli popular tempatan mengiklankan sebuah motosikal yang masih lengkap dengan aksesori asal serta tertera perkataan polis.
Ketika dihubungi, penjual berkenaan berkata motosikal berkenaan yang baharu diiklankan kira-kira awal bulan ini masih belum dijual, bagaimanapun ketika disoal lanjut, beliau tidak memberi respons.
Terdapat juga beberapa motosikal jenis sama yang telah diubah suai namun masih mempunyai aksesori polis termasuk siren, dijual di laman web sama.
Bagi Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain, beliau tidak menolak kemungkinan penjualan motosikal itu di pasaran secara terbuka mendorong kepada kewujudan aktiviti pengiring haram oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Mungkin juga mereka mengambil peluang menjalankan kegiatan itu dengan menggunakan motosikal CBX750 yang digunakan polis bagi mengaburi orang ramai," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Nadzri berkata orang awam yang memiliki motosikal berkuasa tinggi yang menyerupai anggota polis trafik itu dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakannya.
"Jangan salah guna motosikal itu untuk buat kegiatan mengiring kenderaan atau aktiviti lain, ia suatu kesalahan.
"Kebiasaanya orang awam memiliki motosikal itu daripada lelongan yang dibuat oleh polis dan dalam perjanjian, mereka telah diminta menanggalkan semua aksesori seperti siren dan lampu pada motosikal itu," katanya.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata mana-mana pihak atau individu tidak dibenarkan menambah atau memasang siren pada kenderaan mereka.
Tiada perundangan yang diperuntukkan untuk membenarkan mana-mana pihak selain polis dan JPJ untuk berbuat demikian, katanya.
"Kita memang tidak akan lulus sekiranya terdapat permohonan untuk memasang siren pada kenderaan mereka," katanya kepada Bernama.
Ditanya sama ada JPJ akan menyekat penjualan siren di kedai-kedai aksesori kereta, beliau berkata kuasa berkenaan terletak di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
"Pihak JPJ tidak mempunyai hak untuk menghalang penjualan siren berkenaan kerana kebenaran import masuk produk itu (siren) di bawah penguatkuasaan KPDNKK," katanya.
Bernama
Sun Jun 19 2016
Menurut Mohd Nadzri, pembeli motosikal yang pernah digunakan oleh PDRM itu dinasihat untuk menanggalkan aksesori seperti logo polis dan siren yang terdapat pada motosikal berkenaan. - Gambar fail
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Lumba haram lepas makan 'roti john' di Senawang
13 penunggang motosikal yang diberkas berumur antara 19 hingga 25 tahun.
11 lelaki ditahan dalam operasi polis di lebuh raya
Kelima-lima suspek turut merancang pergi makan di sebuah kedai berhampiran sebelum ditahan kerana melakukan lagak ala samseng jalanan di lokasi tersebut.
'Superman' dicekup dalam perjalanan berbuka puasa
Kumpulan terbabit dikesan melakukan aksi 'superman', menundukkan badan, 'zig-zag' dan bersaing sesama sendiri.
Lapan pamer aksi zig-zag ditahan polis
Kumpulan terbabit dikesan melakukan aksi bersaing sesama sendiri, menundukkan badan dan aksi zig-zag.
Mat rempit tidak sempat 'makan angin' di Port Dickson
Kumpulan terbabit dikesan melakukan aksi bersaing sesama sendiri, superman, menundukkan badan dan zig-zag.
Polis saman 215 penjaja di persimpangan lampu isyarat
Sebanyak 11 tindakan rampasan turut diambil dalam Ops Khas yang bermula dari 13 hingga 31 Disember itu.
Padah menunggang secara berbahaya, 8 remaja dicekup
Semakan awal mendapati, dua penunggang terbabit berusia 16 dan 17 tahun dan masih bersekolah.
Individu ubah suai motosikal tanpa kebenaran berdepan tindakan sita
Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata tindakan sita akan dikenakan terhadap mereka sekiranya didapati melakukan kesalahan itu.
Ambil dadah elak mengantuk, pemandu lori ditahan
Pemandu lori berusia 46 tahun bersama kelindannya antara sembilan lelaki yang ditahan selepas didapati positif dadah.
Polis dan DBKL sahaja berkuasa tunda kenderaan di jalan awam
Polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sahaja yang mempunyai kuasa untuk menunda dan mengalih kenderaan awam di kawasan yang ditakrifkan sebagai jalan awam.