SEREMBAN: Seorang pemilik kedai emas berdepan detik cemas apabila disamun lima lelaki bersenjatakan parang ketika berhenti untuk mengisi minyak kereta di sebuah stesen minyak di Lukut, Port Dickson, dekat sini pagi Rabu.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi itu, lelaki berusia 50 tahun berkenaan yang menaiki Totoya Camry diserang lima lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Mitsubishi ASX dan Honda CRV.
"Kereta mangsa telah dihalang dari arah hadapan dan belakang.
"Suspek kemudiannya terus mengambil tiga beg berisi barang kemas, sebuah telefon bimbit, wang tunai dan dokumen peribadi milik mangsa sebelum melarikan diri.
"Mangsa bertindak mengejar kenderaan suspek dan menghimpit Honda CRV dinaiki dua suspek hingga menyebabkan Honda CRV tersebut hilang kawalan lalu terbalik di bahu jalan di Lukut," katanya dalam kenyataan Rabu malam.
Aidi Sham berkata mangsa yang cedera ringan di tangan akibat diacu parang oleh suspek kemudian berpatah balik ke arah Honda CRV itu namun kedua-dua suspek yang dipercayai turut cedera itu sempat melarikan diri menaiki sebuah kereta Perodua Myvi disyaki dipandu rakan subahat mereka.
"Tiga lagi lelaki yang berada dalam kereta Mitsubishi ASX pula telah berjaya melarikan diri terlebih dahulu," katanya.
Beliau berkata hasil siasatan ke atas Honda CRV itu menemukan dua beg barangan kemas yang dilarikan selain dua parang dan satu walkie-talkie yang dipercayai digunakan suspek untuk menyamun mangsa.
Katanya, siasatan turut mendapati Honda CRV itu merupakan kenderaan yang dilaporkan hilang dan disamun pada 25 Nov lepas di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
Aidi Sham berkata polis kini giat mengesan kesemua suspek itu dan orang awam atau saksi yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat Inspektor Fatiha Nur Hamidus di talian 013-621 7365 atau hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson 06-6462999 untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 16 2022
Mangsa mengejar dan menghimpit Honda CRV dinaiki dua suspek hingga menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan lalu terbalik di bahu jalan di Lukut. - Gambar/ FB IPD Port Dickson
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lima termasuk pasangan suami isteri ditahan samun, pukul pekerja bengkel
Lima individu termasuk pasangan suami isteri ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun dan pukul di sebuah bengkel di Teluk Kumbar.
Polis sahkan kejadian tembakan di Bandar Sunway
Polis mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Bandar Sunway dekat sini, petang tadi.
Empat lelaki larikan barang kemas pelanggan kedai
Tiga pelanggan sebuah kedai menjual barangan perkahwinan dan menjahit kerugian kira-kira RM22,000 selepas barang kemas mereka disamun, semalam.
Tiga anggota polis ditahan, kes rompak bersenjatakan pistol
Tiga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian samun bersenjatakan pistol di sebuah rumah di Jalan Sungai Pening, Kampung Pasir, Semenyih.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang
Pemain berusia 25 tahun itu mula menjalani latihan ringan setelah berehat selama dua minggu akibat kecederaan dialaminya.
Lelaki OKU maut, ibu cedera dalam kejadian samun di rumah
Mangsa yang juga OKU bisu ditemui maut dalam keadaan mulutnya ditampal pita pelekat manakala ibunya yang berusia 70 tahun luka pada jari kanan.
Isu samun: Terengganu pandang serius kejadian melanda Akhyar Rashid
Akhyar Rashid mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan kaki, namun beliau dilaporkan berada di dalam keadaan stabil.
Polis tahan lapan aktif ragut, samun sasar kawasan tumpuan pelancong
Lapan individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam 45 kes melibatkan ragut, samun dan curi motosikal di sekitar ibu negara, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.