Walaupun segelintir peniaga cenderung menaikkan harga jualan dengan memberi alasan kenaikan harga bahan mentah, Zailani Ismail, tetap menjual makanan dan minuman di gerainya dengan harga RM1.
Dia tidak kisah dengan harga sedemikian di gerainya dinamakan Kedai Mak Aji Stesen Kampung Delima di Tumpat, kerana percaya rezeki Allah luas, malah bersyukur dengan kehadiran pengunjung yang tidak pernah putus.
Setelah gerainya yang menjual pelbagai hidangan sup seperti mi, kuetiau, makaroni dan bihun sup serta nasi air dengan RM1 semangkuk, tular di media sosial tahun lepas, dia tidak menang tangan melayan pelanggan.
"Berita saya ini tular setelah disiarkan sebuah akhbar dan televisyen tempatan dan selepas itu rezeki kedai mi 'seriya' (RM1) ini mendapat perhatian dan dikunjungi ramai... sejak itu juga rezeki saya menjual makanan dengan harga RM1 terus bertambah.
"Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya pernah menggaji seramai 11 pekerja kerana menerima lebih 200 orang mengunjungi kedai saya setiap hari," katanya di sini pada Jumaat.
Zailani, 48, yang menghidap penyakit kencing manis dan buah pinggang itu juga tidak bercadang untuk menaikkan harga, walaupun perniagaannya semakin maju, malah akan membuka beberapa cawangan tidak lama lagi.
Selain makanan, Zailani juga menjual minuman segera dengan harga yang sama dan ketika dikunjungi, kedainya dipenuhi pelanggan terutama kanak-kanak dari sekitar kampung tersebut.
Selain itu, anak Zailani juga turut menjual makanan ringan seperti sosej bakar, juga pada harga RM1 secucuk.
Perniagaan yang menggunakan resipi tersendiri itu turut dibantu isteri, Noraizah Awang, 50, dan seorang anaknya, Siti Aminah, 20.
"Saya sanggup berkongsi rahsia kepada mereka yang berminat untuk mengubah hidup walaupun menjual makanan dengan harga murah kerana saya percaya rezeki Allah itu luas dengan cara bersedekah seperti ini," katanya.
Seorang pelanggan, Muhammad Aidiel Asyraaf Zabidi, 23, dari Perak berkata dia pada mulanya tidak percaya dengan harga makanan itu.
"Bila saya datang dengan kawan barulah saya percaya dan rasanya pun sedap. Saya berdoa agar rezeki pak cik ini bertambah kerana dia tidak kedekut kerana di kedai lain harganya mungkin RM5 semangkuk," katanya. -BERNAMA
Bernama
Fri Jun 19 2020
![Pemilik gerai mi RM1 tidak berhasrat naikkan harga Pemilik gerai mi RM1 tidak berhasrat naikkan harga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/61592539871_KEDAIMEESERIYA.jpg)
Zailani melayan pelaggan yang datang ke gerainya di Kampung Delima, Tumpat. -Bernama
ASEAN 2025 | 13 Februari
ASEAN 2025 harini bersama Nickyson Nyambar membawa tumpuan berikut:
1. Malaysia terus tekad tarik minat pelabur - PM Anwar
2. Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
3. Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
1. Malaysia terus tekad tarik minat pelabur - PM Anwar
2. Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
3. Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
![Anwar bantu empat keluarga di Parlimen Tambun keluar dari kemiskinan tegar Anwar bantu empat keluarga di Parlimen Tambun keluar dari kemiskinan tegar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739439696_TambunAhmadFarhan.jpg)
Anwar bantu empat keluarga di Parlimen Tambun keluar dari kemiskinan tegar
Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada empat keluarga daripada kategori miskin tegar di Parlimen Tambun hari ini.
![Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM
Seorang eksekutif akaun didakwa atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah dan menghalang tugas anggota polis dengan memintas kenderaan polis pengiring kenderaan TPM.
![Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699939560_ZuraidaKamaruddin.jpg)
Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April
Semua pihak terlibat diarah kemuka hujahan bertulis selewat-lewatnya 2 April dan satu lagi sesi pengurusan kes akan diadakan pada 7 April untuk kemas kini pematuhan kepada arahan mahkamah.
53 wilayah Thailand dilanda pencemaran debu halus
53 wilayah di Thailand dilanda pencemaran debu halus tahap berbahaya kepada kesihatan pada pagi Khamis menurut Agensi Pembangunan Teknologi Geo-informatik dan Angkasa (Gistda).
Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya berkenan menganugerahkan kain diraja "Siriraj Phasthra Phorn" yang direka oleh baginda sendiri kepada penenun dan artisan tempatan.
Galakkan digitalisasi usahawan wanita asia tenggara - Setiausaha Agung ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr. Kao Kim Hourn menggalakkan digitalisasi usahawan wanita di asia tenggara yang sering beri tumpuan kepada isu sosial yang diabaikan usahawan lelaki.
![BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739439422_LeongJunHaoYMar.jpg)
BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan
Buat pertama kali sejak Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) diperkenalkan Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan dan layak ke suku akhir.
Timbalan Menteri Luar Malaysia-Indonesia bincang kemajuan dua hala
Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin bertemu rakan sejawatnya, Arif Havas Oegroseno bagi membincangkan kemajuan kerjasama dua hala.
Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
Malaysia dan Indonesia berhasrat untuk terus memperkukuhkan kerjasama dua hala serta serantau dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
![Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722042268_tbmedanselera.jpg)
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
![Gerai, kereta rosak akibat ribut di Kuantan Gerai, kereta rosak akibat ribut di Kuantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717855732_TBRIBUTKUANTAN.jpg)
Gerai, kereta rosak akibat ribut di Kuantan
Beberapa premis perniagaan dan kereta rosak dalam kejadian ribut di tempat tumpuan orang ramai di Pantai Kempadang petang tadi.
![Pelanggan cemas gerai medan selera terbakar Pelanggan cemas gerai medan selera terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673235399_gerai.jpg)
Pelanggan cemas gerai medan selera terbakar
Difahamkan peniaga cuba memadamkan api itu namun tidak berjaya dan terpaksa menghubungi pasukan bomba.
![342 penguat kuasa kesihatan pantau bazar Ramadan di Terengganu 342 penguat kuasa kesihatan pantau bazar Ramadan di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81620470969_bazarkuihmuihro.jpg)
342 penguat kuasa kesihatan pantau bazar Ramadan di Terengganu
Pemantauan dan pemeriksaan itu dilakukan secara berkala melibatkan lebih 50 lokasi bazar Ramadan.
![Talian Jiwa: Berniaga dari rumah ke tapak pasar malam Talian Jiwa: Berniaga dari rumah ke tapak pasar malam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628393481_TBquranhour.jpg)
Talian Jiwa: Berniaga dari rumah ke tapak pasar malam
Asiah Halim berkongsi cabaran kehidupan akibat terkesan pandemik COVID-19 di Talian Jiwa yang bersiaran di Astro Oasis.
![Ribut melanda Kampung Sireh, gerai dan khemah peniaga rosak Ribut melanda Kampung Sireh, gerai dan khemah peniaga rosak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71622943926_RibutRosakKedai.jpg)
Ribut melanda Kampung Sireh, gerai dan khemah peniaga rosak
Kejadian ribut berserta hujan lewat petang Sabtu memusnahkan sebuah gerai dan merosakkan dua buah lagi khemah peniaga di Kampung Sireh, Kota Bharu.
!['Total lockdown': Gerai jualan hasil petani, penternak, nelayan dibenar beroperasi di Sabah 'Total lockdown': Gerai jualan hasil petani, penternak, nelayan dibenar beroperasi di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81622644782_peniagaSayur.jpg)
'Total lockdown': Gerai jualan hasil petani, penternak, nelayan dibenar beroperasi di Sabah
Kelonggaran itu ia bertujuan membolehkan golongan tersebut meraih pendapatan harian.
![Lapan daerah di Sabah diisytihar kawasan wabak ASF - Jeffrey Kitingan Lapan daerah di Sabah diisytihar kawasan wabak ASF - Jeffrey Kitingan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41619238420_JeffreyKitingan.jpg)
Lapan daerah di Sabah diisytihar kawasan wabak ASF - Jeffrey Kitingan
Beliau berkata setakat 18 Apri lepas, sejumlah 398 babi telah dilupuskan sementara 535 ekor lagi mati disebabkan ASF.
![Masih abai SOP walaupun kes COVID-19 meningkat - Polis Kelantan Masih abai SOP walaupun kes COVID-19 meningkat - Polis Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41618937896_SekatanCOVID.jpg)
Masih abai SOP walaupun kes COVID-19 meningkat - Polis Kelantan
Tinjauan polis Kelantan di beberapa lokasi mendapati, ada pengunjung masih mengambil sikap sambil lewa arahan pihak berkuasa supaya mematuhi SOP ditetapkan.
![Peniaga bazar Ramadan terima ujian besar pada hari pertama Peniaga bazar Ramadan terima ujian besar pada hari pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618377479_bazarRamadan.jpg)
Peniaga bazar Ramadan terima ujian besar pada hari pertama
Keadaan ribut dan banjir kilat pada Selasa memberi ujian hebat pada 1 Ramadan kepada para peniaga bazar Ramadan.