Pemilihan UMNO: Kertas undi rosak di Sabah
Astro Awani
Oktober 12, 2013 21:42 MYT
Oktober 12, 2013 21:42 MYT
Wujud insiden kertas undi rosak di sabah, melibatkan pemilihan sayap Wanita Sepanggar.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Karambunai, Datuk Jainab Ahmad Ayid, insiden terjadi setalah pihak perwakilan gagal mengisi borang tersebut dengan tepat.
Menurut Jainab, terdapat lebih 400 perwakilan bagi sayap Wanita bahagian Sepanggar membuang undi pada proses demokarsi parti pada Sabtu.
Namun hampir 15 peratus kertas undi di bahagian terbabit rosak.
“Saya rasa mereka tidak tahu sebenarnya, tetapi kita sudah beri penerangan. Tetapi mereka masih tidak faham. Kalau waktu PRU, kita pangkah. Kami pun binggung. Kami sudah beri penerangan,” kata Jainab.
Beliau turut mempersoalkan proses demokrasi parti yang berjalan pada Sabtu di mana kertas undi yang diterima perwakilan tidak mengikut warna yang ditetapkan sebelum ini.
“Ramai yang keliru kerana warna kertas undi lebih kurang warna, walhal waktu simulasi ia mengatakan kertas undi berbeza warna. Saya pun hairan, saya berharap UMNO Malaysia mengambil tindakan,” tambah Jainab.
UMNO mempunyai mempunyai 25 bahagian di seluruh Sabah.
UMNO sebelum ini memperkenalkan kertas undi dengan warna yang berbeza antara peringkat cawangan dan bahagian.