Pemilihan UMNO 2013: 40 calon Johor tarik diri

Astro Awani
September 25, 2013 12:30 MYT
Seramai 40 calon menarik diri dari bertanding dalam Pemilihan UMNO bahagian dan sayap-sayap pergerakan bahagian negeri Johor.
Namun ianya hanya membabitkan jawatan Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian serta jawatan dalam Pemuda dan Puteri.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Negeri Johor, Abdul Rahman Sabri berkata keseluruhannya negeri Johor menerima 4,277 borang pencalonan pemilihan UMNO.
Namun katanya, tiada sebarang penarikan diri dari Wanita dan Ketua Bahagian.
"Diperingkat bahagian ada 17, pergerakan wanita tiada, pergerakan pemuda 19, dan penarikan diri daripada puteri ada empat orang. Ini sahaja yang menarik diri.
“Manakala yang menarik diri untuk jawatan penting adalah abgi jawatan Timbalan Ketua Bahagian ada tiga orang menarik diri dan daripada ketua bahagian tiada," kata Abdul Rahman.
Beliau berkata demikian semasa sidang media pengumuman calon UMNO di pejabat UMNO negeri Johor.
Jumlah keseluruhan ahli yang bertanding bagi negeri Johor adalah seramai 4,237 calon.
Dari jumlah tersebut 10 ketua bahagian menang tanpa bertanding. Antaranya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin di bahagian Pagoh, Datuk Sreri Hishammuddin di Sembrong dan Datuk Nur Jazlan Mohamed di Pulai.
#40 #Abdul Rahman Sabri #calon #tarik diri #UMNO