Pemilihan PKR Perlis: 5,490 anggota layak mengundi

Bernama
Oktober 21, 2018 11:58 MYT
Proses mengundi bermula pada 10 pagi dan berakhir pada 5 petang dengan keputusan tidak rasmi dijangka akan diketahui pada 6 petang, manakala keputusan rasmi dijangka diperoleh pada sebelah malam.
Seramai 5,490 anggota PKR Perlis layak mengundi bagi memilih barisan pemimpin peringkat pusat dan cabang-cabang parti itu hari ini.
Pengerusi PKR Perlis, Mohammad Faisol Abd Rahman berkata proses pengundian di semua tiga cabang di negeri itu, iaitu Padang Besar, Kangar serta Arau diharapkan berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
"Ini adalah pemilihan bersifat keluarga, justeru ia perlu berjalan dengan baik. Masing-masing mahukan pilihan mereka menang, namun jika sebaliknya perlulah bersifat terbuka dan menerima keputusan dengan baik," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Katanya proses mengundi bermula pada 10 pagi dan berakhir pada 5 petang dengan keputusan tidak rasmi dijangka akan diketahui pada 6 petang, manakala keputusan rasmi dijangka diperoleh pada sebelah malam.
-- BERNAMA
#Kangar #Mohammad Faisol Abd Rahman #pemilihan #pemilihan PKR #Pengerusi PKR Perlis
;