Sehingga pukul 12 tengah hari, seramai enam calon telah menyerahkan borang untuk bertanding jawatan Naib Presiden PKR pada pemilihan parti itu Mei nanti.

Antara yang telah menyerahkan borang pencalonan ialah Ahli Parlimen Nibong Tebol, Datuk Dr Mansor Othman dan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian.

Selain Mansor dan Baru Bian, penyandang jawatan tersebut Fuziah Salleh turut mengemukakan borang pencalonan.

Tiga lagi nama yang turut menyerahkan borang pencalonan ialah Mustafa Kamil Ayub, R. Suresh Kumar dan N. Surendran.

Sehingga pukul 12 tengah hari, 45 calon telah menyerahkan borang pencalonan untuk jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Bagi jawatan Ketua AMK, setakat ini hanya Nazree Yunus menyerahkan borang pencalonan manakala bagi jawatan Ketua Wanita PKR, hanya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rodziah Ismail telah menyerahkan borang pencalonan.