Pemilihan MT Umno 5 Okt, Perhimpunan Agung 2-7 Dis

Nabihah Hamid
Julai 26, 2013 20:21 MYT
Perhimpunan Agung Umno tahun ini akan diadakan dari 2 hingga 7 Disember.
Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarakat majlis tertinggi UMNO.
Manakala pendaftaran calon-calon untuk jawatan di bahagian, sayap-sayap dan majlis tertinggi akan diadakan pada 7 September.
Pemilihan sayap-sayap pula akan diadakan pada 28 September, manakala untuk Bahagian dan Majlis Tertinggi, pemilihan akan diadakan pada 5 Oktober.
Sementara itu Presiden UMNO itu berkata adalah penting bagi menjadikan parti itu lebih demokratik dan inklusif demi memastikan ia terus mampu diterima rakyat.
Ia lebih-lebih lagi dengan jumlah keahlian UMNO yang kini mencecah lebih 3.4 juta ahli.
'Sekarang jumlah (keahlian) lebih besar dan ia mencerminkan semangat dan hasrat menjadikan UMNO lebih demokratik dan inklusif', kata Najib.
Jelasnya lagi dengan perlembagaan parti yang baru, beliau yakin ahli Umno dapat memilih pemimpin yang mampu meletakkan Umno pada asas yang lebih kukuh.
'Inilah yang paling penting kerana kita bukan hendak pemimpin yang berjaya dalam parti tetapi berjaya dalam pilihan raya,"
Lebih 150,000 perwakilan Umno daripada 191 bahagian di seluruh negara dijangka akan membuat pemilihan pucuk pemimpinan parti tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan baharu parti itu.
#Najib Tun Razak #Perhimpunan Agung UMNO
;