Pemerkasa PLUS: Ini 12 fokus utama pengumuman PM Muhyiddin Yassin
Astro Awani
Mei 31, 2021 22:13 MYT
Mei 31, 2021 22:13 MYT
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin mengumumkan bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) berjumlah RM40 bilion.
Menurutnya, bantuan itu menekankan tiga matlamat iaitu Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam, Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat dan Menyokong Kelangsungan Perniagaan.
Jelasnya, ia merupakan inisiatif terbaharu kerajaan untuk membantu meredakan cabaran dihadapi rakyat terutamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).
Berikut fokus utama pengumuman beliau pada Isnin, 31 Mei 2021:
1) BPR Tambahan, RM500 buat isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 dan RM300 buat isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000. Bujang menerima RM100.
2) Moratorium automatik selama 3 bulan atau memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan.
3) Kadar Geran Khas Prihatin akan ditambah sebanyak RM500 kepada RM1,500 dengan RM1,000 pada Jun dan selebihnya disalurkan pada Julai.
4) Menteri dan Timbalan Menteri dengan tidak mengambil gaji selama 3 bulan mulai Jun 2021.
5) Menambah peruntukan RM1 bilion bagi meningkatkan kapasiti dan memperkukuhkan kesihatan awam.
6) Melanjutkan tempoh perkhidmatan lebih 14,000 pegawai perubatan dan jururawat lantikan kontrak sedia ada sehingga tahun 2022.
7) Melanjutkan Program Subsidi Upah di bawah PERKESO selama 1 bulan bagi semua sektor ekonomi yang terkesan dengan kos RM1.5 bilion dengan had 500 pekerja bagi setiap permohonan.
8) Bantuan Khas secara one-off sebanyak 500 ringgit kepada 17,000 pemandu pelancong, 40,000 pemandu teksi, 11,000 pemandu bas sekolah, 4,000 bas persiaran dan 62,000 pemandu kereta sewa dan e-hailing.
9) Kerajaan akan melanjutkan pemberian diskaun bil elektrik kepada sektor yang terjejas.
10) Melanjutkan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang CKD dan CBU import yang sebelum ini diumumkan di bawah inisiatif PENJANA mulai 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021.
11) Pelancaran Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi pada minggu ini dengan nilai peruntukan RM1 bilion.
12) Terdapat lebih dari RM100 bilion lagi daripada nilai pakej rangsangan untuk disalurkan sepanjang tahun ini.
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#PM
#PLUS
#PEMERKASA
#PKP
#PENJANA
#perintah kawalan pergerakan
#sekatan pergerakan penuh
#subsidi
#ekonomi
#cukai
#pelancong
#sekolah
#total lockdown