PEMERKASA: Dana tambahan RM500 juta bagi pembiayaan mikro kredit - PM Muhyiddin

Umavathi Ramayah
Mac 17, 2021 19:06 MYT
Muhyiddin Yassin berkata, penambahan itu adalah susulan daripada pengumuman Belanjawan 2021 yang mana kerajaan meluluskan peruntukan RM1 bilion bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Kerajaan akan menyediakan dana pembiayaan tambahan sebanyak RM500 juta bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan itu disalurkan menerusi program di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan SME Corp.
Dalam perutusan khas Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) di sini pada Rabu beliau berkata, penambahan itu adalah susulan daripada pengumuman Belanjawan 2021 yang mana kerajaan meluluskan peruntukan RM1 bilion bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit.
Berikut adalah antara dana pembiayaan tambahan yang disediakan kerajaan:
BSN
  • Kadar faedah dikurangkan daripada 3.5 kepada tiga peratus. Tempoh pinjaman adalah untuk lima tahun dan bayaran ansuran hanya bermula selepas bulan keenam.
  • TEKUN Nasional
  • Program TEKUN Mobilepreneur akan diperluaskan untuk pembiayaan membaik pulih atau membeli motosikal baharu dengan had sehingga RM10,000.
  • Motosikal pemasangan tempatan dengan kapasiti enjin 150cc dan ke bawah akan diberi pengecualian 100 peratus duti eksais mulai 1 April hingga 31 Disember 2021.
  • Pemohon dapat menjana pendapatan melalui kontrak penghantaran barangan program TEKUN POS-preneur
  • Bantuan ini diberikan sehingga RM20,000 untuk tujuan baik pulih kenderaan, dan sehingga 50,000 untuk pembelian van atau lori.
  • MARA
  • Sebanyak RM50 juta disediakan dengan nilai pembiayaan sehingga RM50,000 pada kadar faedah serendah tiga peratus.
  • SME Corp.
    [SIDANG MEDIA] Pengumuman khas #PEMERKASA oleh Perdana Menteri
    #SME #PKS #MARA #TEKUN Nasional #Perdana Menteri #PEMERKASA #BSN #ekonomi #Muhyiddin Yassin #Bumiputera #Belanjawan 2021 #rakyat #COVID-19
    ;