Pemeriksaan suhu badan di sekatan jalan, jika demam anda mungkin ditahan
Afiezy Azaman
Mac 28, 2020 11:54 MYT
Mac 28, 2020 11:54 MYT
Semua sekatan jalan raya oleh pihak polis di ibu kota akan melaksanakan pemeriksaan suhu badan ke atas pengguna jalan raya mulai hari ini.
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, sekiranya individu yang diperiksa mempunyai gejala demam, tindakan penahanan mungkin akan dibuat untuk pemeriksaan lanjut.
“Mulai hari ini, semua sekatan jalan raya di Kuala Lumpur dibekalkan dengan alat pemeriksaan suhu badan.
“Sekiranya ada tanda demam, anda mungkin ditahan untuk dibawa ke pusat pemeriksaan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu ciapan di laman Twitter miliknya, pada Sabtu.
Malaysia sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 hingga 14 April, susulan peningkatan kes COVID-19 di negara ini.
Setakat Jumaat, negara ini mempunyai jumlah tertinggi positif pandemik itu di Asia Tenggara dengan 2,161 kes, dan 26 kematian.
#demam
#Kuala Lumpur
#Menteri Wilayah Persekutuan
#pemeriksaan suhu badan
#perintah kawalan pergerakan
#positif pandemik
#Sekatan Jalan Raya
#Tan Sri Annuar Musa
#Twitter