Pemeriksaan laut oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) di Zon Maritim Malaysia (ZMM) tidak mencapai sasaran yang ditetapkan dari 2017 hingga 2019 kerana kenderaan operasi mengalami kerosakan dan kekangan peruntukan kewangan bagi menjalankan operasi.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 3, dalam tempoh itu hanya 50 peratus kapal atau bot peronda dalam keadaan baik dan siap siaga manakala selebihnya mengalami kerosakan berulang.
"Indeks Prestasi Utama (KPI) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam memastikan aset beroperasi di ZMM dengan sekurang-sekurangnya 45 kapal atau bot setiap hari, tidak dicapai kerana kapal atau bot mengalami kerosakan," menurut laporan berkenaan.
Dalam pada itu, dari 2016-2019, Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin (PPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan JKDM Marin menyaksikan 23,579 kes penyeludupan dengan rampasan bernilai RM1,576 juta bersama anggaran cukai RM1,561 juta.
PPM dan PDRM merekodkan kes penyeludupan tertinggi iaitu sebanyak 18,321 kes sementara JKDM pula merekodkan nilai rampasan tertinggi pintu keluar/masuk laut bernilai RM834 juta," menurut laporan itu.
Selain itu, mengikut penahanan pendatang tanpa izin dan notis penolakan masuk (NTL) dari tahun 2016 hingga 2019, Maritim Malaysia, PPM, PDRM, dan JKDM Marin telah menahan seramai 15,619 pendatang tanpa izin di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Laporan juga menunjukkan jumlah tangkapan pendatang tanpa izin tertinggi direkodkan oleh PPM dan PDRM seramai 12,578 orang dari tahun 2016 hingga 2019.
Semakan selanjutnya, bagi pintu keluar/masuk laut Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mengeluarkan NTL kepada 87,416 orang warga asing kerana melakukan kesalahan melibatkan pasport dan visa dan serta kesalahan bagi imigran larangan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 14 2020
KPI Maritim Malaysia dalam memastikan aset beroperasi di ZMM dengan sekurang-sekurangnya 45 kapal atau bot setiap hari, tidak dicapai. -Gambar fail
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
APMM Kelantan gagalkan cubaan seludup rokok putih bernilai lebih RM200,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menumpaskan cubaan menyeludup 790,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM280,000 di Tumpat dan Kota Bharu.
Indonesia-Malaysia bekerjasama hantar pulang nelayan yang ditahan
Nelayan itu ditahan pada Sabtu, kira-kira 49 batu nautika di luar pantai Tanjung Payung, selepas memasuki perairan wilayah Malaysia.
Tujuh nelayan ditahan positif dadah
Menghilangkan tekanan ketika berada di laut dan untuk menambah tenaga ketika bekerja antara alasan diberi tujuh nelayan yang ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi di Jeti LKIM, Besut.
Peruntukan RM675 juta bakal perkukuh keupayaan APMM pantau keselamatan negara
Peruntukan RM675 juta kepada APMM menerusi Belanjawan 2025 bakal memperkukuhkan lagi keupayaan agensi itu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab menjaga keselamatan negara.
APMM gagalkan cubaan seludup satu tan daun ketum
APMM Zon Maritim Kuala Perlis menggagalkan cubaan menyeludup keluar kira-kira satu tan daun ketum bernilai RM50,000 di kedudukan 0.4 batu nautika timur laut muara Kuala Sanglang, Kuala Perlis.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Bernama serah sumbangan kepada keluarga Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar
Sumbangan tersebut disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin di kediaman Allahyarham.
APMM ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
APMM dalam kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan, Allahyarham yang berusia 36 tahun merupakan Pegawai Pasukan Sukarelawan agensi itu.
Lelaki jatuh bot ditemukan lemas
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semalam selepas dipercayai terjatuh dari bot, ditemukan lemas di perairan Tanjung Piandang, Kerian, hari ini.
Maritim Selangor tahan kapal pasir berlabuh tanpa kebenaran
Menurut APMM, pemeriksaan mendapati kapal berkenaan dikendalikan lapan individu lelaki warga asing berumur antara 30 hingga 65 tahun.