Pemeriksaan dalaman, tindakan terhadap pegawai terlibat rasuah - SPRM

Media Statement
Jun 10, 2017 13:33 MYT
SPRM akan melakukan pemeriksaan dalaman dan mengambil tindakan terhadap pegawainya yang terlibat rasuah dan salah guna kuasa. -Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melakukan pemeriksaan dalaman dan mengambil tindakan terhadap pegawainya yang terlibat rasuah dan salah guna kuasa.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas seorang pegawai SPRM ditahan pada Jumaat kerana disyaki memeras ugut dan meminta rasuah daripada polis.
BACA: Pegawai SPRM disyaki peras ugut polis ditahan di Machang Bubok
Dalam satu kenyataannya pada Sabtu, SPRM menegaskan ia tidak akan berkompromi dengan kesalahan yang dilakukan pegawai terbabit serta bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis.
"Perbuatan seumpama itu sama sekali tidak mewakili suruhanjaya yang sentiasa mendukung prinsip undang-undang dan perlembagaan negara dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang diamanahkan," menurut kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu lagi, SPRM tegas dalam usaha ini bagi mengelak kejadian sama berulang.
#pemeriksaan dalaman #peras ugut polis #SPRM
;