Pemergian Teh Hong Piow: PM zahir ucapan takziah, doakan keluarga tabah
Fareez Azman
Disember 12, 2022 17:45 MYT
Disember 12, 2022 17:45 MYT
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergiaan pengasas Public Bank, mendiang Tan Sri Teh Hong Piow pada Isnin.
Perkara itu dimaklumkannya dalam satu entri di laman Facebook rasminya, pada Isnin.
"Saya mengutuskan salam takziah buat keluarga mendiang Pengerusi Emeritus Public Bank YBhg. Tan Sri Datuk Sri Dr. Teh Hong Piow atas pemergiannya pagi tadi.
"Mendiang Dr. Teh adalah pengasas Public Bank yang menubuhkan bank tersebut pada tahun 1965," jelasnya.
Tambah Anwar, beliau mendoakan agar keluarga mendiang tabah atas kehilangan tokoh dalam sektor perbankan negara itu.
"Pemergiannya ini tentunya meninggalkan lompong besar kepada keluarga besar Public Bank, sektor perbankan dan juga negara.
"Saya doakan keluarga mendiang Dr. Teh tabah dan kuat atas kehilangannya.
Mendiang yang juga Pengasas dan Pengerusi Emeritus Public Bank Bhd meninggal dunia pada usia 92 tahun pada 10.20 pagi Isnin.
Public Bank yang merupakan kumpulan bank ketiga terbesar di Malaysia, diasaskan oleh mendiang pada 1966.