Pemergian Prof Ungku Aziz: Jenazah tiba di Masjid At-Taqwa

Ridauddin Daud
Disember 15, 2020 20:55 MYT
Allahyarham Prof Diraja Ungku Abdul Aziz meninggal dunia di Hospital Prince Court di ibu negara pada jam 4.30 petang, Selasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jenazah Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid tiba di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail kira-kira jam 8.50 malam.
Jenazah Allahyarham kemudian dibawa masuk ke dalam masjid untuk disembahyangkan.
Ahli keluarga dan beberapa rakan Allahyarham dilihat sudah berada di pekarangan masjid.
Begitupun, pihak masjid hanya membenarkan 40 orang dalam satu-satu masa bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPB.
#Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid #pengebumian #meninggal dunia #Masjid At-Taqwa
;