Pemergian Prof Ungku Abdul Aziz: Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara

Firdaus Azil
Disember 15, 2020 14:15 MYT
Kira-kira 40 ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai mengiringi perjalanan terakhir tokoh berkenaan. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, sekitar 9:28 malam ini.
Kira-kira 40 ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai mengiringi perjalanan terakhir tokoh berkenaan.
Terdahulu media melaporkan Ungku Abdul Aziz meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Prince Court di ibu negara pada pukul 4.30 petang.
Menurut isterinya, Rohayah Ahmad Bahiran, jenazah Prof Ungku Aziz, 98, dibawa ke Masjid At-Taqwa sebelum dikebumikan.
BACA: Prof Diraja Ungku Abdul Aziz meninggal dunia
Allahyarham merupakan tokoh penting di sebalik penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).
#Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz #Pemergian Prof Ungku Abdul Aziz #selamat dikebumikan #pengebumian #Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara #prince court #Angkasa