Pemergian Faziani Rohban kehilangan besar kepada industri produk halal
Bernama
Mei 19, 2019 13:45 MYT
Mei 19, 2019 13:45 MYT
Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIK) menyifatkan pemergian pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad yang maut dalam kemalangan dengan sebuah lori di Pattani, Thailand, semalam sebagai kehilangan besar kepada industri produk halal di negara ini.
Yang Dipertua PPIK Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani berharap usaha yang dilakukan oleh Allayarhamah itu dapat diteruskan oleh pewarisnya bagi membangun industri produk halal negara.
Dalam kejadian pada Sabtu, Faziani Rohban maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala suaminya, Shah Rizal Ibrahim hanya cedera ringan.
Mohd Fared berkata beliau dan PPIK menyifatkan Allayarhamah seorang wanita yang sabar dan berdedikasi dalam kerjanya walaupun menghadapi pelbagai cabaran.
"Allaharyamah telah berjaya menaikkan martabat produk muslim dan seorang usahawan yang disenangi oleh masyarakat. Salam takziah buat keluarga dan semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat," katanya kepada Bernama.
-- BERNAMA
#Dnars Skincare
#Faziani Rohban Ahmad
#industri halal
#kemalangan maut
#mohd fared abdul ghani
#Persatuan Pengguna Islam Kelantan
#PPIK
#produk halal
#produk kecantikan