KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pemegang sijil dan diploma yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) layak memasuki sektor perkhidmatan awam.
Justeru, beliau meminta agar dakwaan di beberapa portal media kononnya Diploma Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk diguna pakai bagi berkhidmat dalam Skim Perkhidmatan Awam dihentikan.
"Saya berharap spekulasi seperti ini tidak diperbesar bagi mengelakkan kesalahfahaman masyarakat sedangkan potensi bidang TVET sangat besar termasuk kebolehpasaran graduan mencatatkan 94.5 peratus pada 2023 berbanding 92.5 peratus pada 2022 yang menunjukkan penerimaan dan pengiktirafan tinggi industri terhadap graduan TVET," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Zahid berkata secara umumnya, program terbabit dilaksanakan oleh institusi TVET berdasarkan pentauliahan oleh dua badan akreditasi utama iaitu Agensi Kelayakan Malaysia dan JPK berdasarkan Kerangka Kelayakan Malaysia.
"Persijilan Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh JPK merangkumi peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi tahap 1, 2 dan 3; Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) bagi tahap 4 dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) bagi tahap 5.
"Pensijilan ini adalah berdasarkan kepada kompetensi pekerjaan atau kemahiran yang diperlukan oleh industri yang didokumenkan sebagai Standard Pekerjaan Kemahiran Malaysia (SPKM) atau lebih dikenali dengan singkatan NOSS," katanya.
Beliau berkata bagi sektor perkhidmatan awam, berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 - Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia yang dikeluarkan oleh JPA, sebanyak 68 skim perkhidmatan iaitu 66 bagi gred 19 dan 2 bagi gred 29 telah memperuntuk Persijilan Kemahiran Malaysia sebagai antara syarat permohonan ke Perkhidmatan Awam.
Ahmad Zahid berkata berdasarkan Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam, atau eSisraf, kelayakan DKM turut diterima untuk lantikan ke Perkhidmatan Awam.
ESisraf ialah sistem daftar yang menyenaraikan semua program pengajian peringkat sijil, diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda serta mana-mana kelayakan diiktiraf oleh kerajaan.
Beliau berkata dari semasa ke semasa, JPK akan merujuk kepada JPA bagi meneliti perihal pengiktirafan jika terdapat bidang pekerjaan lain di sektor kerajaan yang memerlukan Pensijilan Kemahiran Malaysia.
Ahmad Zahid berkata ini bagi membuka peluang lebih luas kepada graduan TVET yang dikeluarkan melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia untuk berkhidmat dalam sektor kerajaan sekali gus meningkatkan kualiti perkhidmatan awam secara keseluruhan.
"Sebagai Pengerusi Majlis TVET Negara, saya komited untuk meneruskan usaha memperkasakan TVET secara menyeluruh dan melahirkan lebih ramai tenaga mahir tempatan.
"Ini adalah usaha kerajaan untuk mewujudkan peluang pekerjaan berimpak tinggi selari dengan keperluan Revolusi Industri 4.0, perubahan iklim dan amalan kemampanan, anjakan demografi serta globalisasi rantaian nilai yang akan mengubah sifat pekerjaan yang memerlukan lebih ramai tenaga kerja mahir," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024

Ahmad Zahid meminta agar dakwaan di beberapa portal media kononnya Diploma Pendidikan dan TVET tidak diiktiraf oleh JPA untuk diguna pakai bagi berkhidmat dalam Skim Perkhidmatan Awam dihentikan. - Gambar Bernama
Consider This: Congestion Pricing (Part 2) — What Will Make Traffic Finally Move?
Kuala Lumpur’s worsening traffic congestion is costing Malaysia RM20 billion annually, according to a 2020 Prasarana study. Now, the government is considering a congestion charge—a fee imposed on vehicles using certain roads at peak hours—it’s expected to reduce traffic by an estimated 20%. But will it work? How will it be implemented? And will it place an unfair burden on road users? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Associate Professor Dr Law Teik Hua, Head of the Road Safety Research Centre under Universiti Putra Malaysia.

Polis gagalkan cubaan seludup karkas babi
Polis mematahkan cubaan menyeludup masuk keratan karkas babi disyaki dari negara jiran selepas menahan seorang pemandu lori di Taman Industri Jaya, Skudai pada Jumaat lepas.
AWANI Ringkas: Jenayah | PRK Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Sindiket penipuan pekerjaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kes Kolej Vokasional Lahad Datu: Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
AWANI Tonight: Retirement: Securing a better future beyond EPF dividend
The EPF's 6.3% dividend for 2024 brings relief to many, but Dr. Paul Anthony Maria Das of Taylor’s University warns that relying solely on EPF savings is no longer a sustainable strategy for long-term financial security.
AWANI Tonight: Overseas-born kids of M'sian mums eligible for citizenship
Children under 18, born overseas to Malaysian mothers, can now apply for Malaysian citizenship following a settlement between advocacy group Family Frontiers, six Malaysian mothers, and the government.
AWANI 7:45 [10/3/2025] – Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang | Lebih seribu laporan tempoh Januari 2025 | Semak fakta | Keindahan sungai Terengganu
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
📌Tak jadi papa kedana, gaji Ahli Parlimen sehingga 40 ribu ringgit - PM
📌Serangan seksual wanita, kanak-kanak meningkat ketara, sangat membimbangkan
📌Menteri Kesihatan kena semak fakta, kos pesakit ada dan tiada insurans, perbezaan tidak ketara
📌Buka puasa atas bot sambil nikmati keindahan alam jadi trend
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
📌Tak jadi papa kedana, gaji Ahli Parlimen sehingga 40 ribu ringgit - PM
📌Serangan seksual wanita, kanak-kanak meningkat ketara, sangat membimbangkan
📌Menteri Kesihatan kena semak fakta, kos pesakit ada dan tiada insurans, perbezaan tidak ketara
📌Buka puasa atas bot sambil nikmati keindahan alam jadi trend
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Fiji berminat contohi model pembangunan Malaysia - PM Anwar
Fiji menyatakan minat terhadap model pembangunan Malaysia, khususnya pendekatan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam memperkasakan sektor ekonomi dan pendidikan negara.
#AWANIRingkas 10 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 10 Mac 2025
1️⃣26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
2️⃣ KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
3️⃣ Ascend Airways Malaysia mula operasi akhir tahun
#awaniringkas
1️⃣26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
2️⃣ KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
3️⃣ Ascend Airways Malaysia mula operasi akhir tahun
#awaniringkas

Ke mana 'hilangnya' 10,000 calon SPM? Perlu ada laluan alternatif
Di sebalik ketidakhadiran lebih 10,000 pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, jelas wujud keperluan mendesak untuk kerajaan menyediakan laluan pendidikan alternatif.

TVET: Jangan tersekat dengan kelayakan akademik, majikan mahu pekerja mahir – Belia
Masyarakat tidak wajar menyempitkan ruang pendidikan dan perancangan masa depan berasaskan kepada kelayakan akademik semata-mata, sebaliknya meneroka bidang TVET.

Topik AI perlu diintegrasi dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah hingga tinggi
Kerajaan perlu mengintegrasikan topik kecerdasan buatan (AI) dan sains data ke dalam kurikulum pendidikan di peringkat rendah sehingga pendidikan tinggi.

TVET bukan sekadar laluan kedua, jadi platform utama lahir tenaga kerja kompetitif
TVET mampu jadi penyelesaian kepada pelajar kurang cenderung kepada akademik tetapi memiliki kebolehan teknikal serta praktikal yang tinggi.

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.

Siemens Malaysia lancar Akademi Latihan Industri Digital bersama SG TVET Group, JTM
Ia sebahagian usaha memperkasa tenaga kerja dan mewujudkan ekosistem digitalisasi menerusi program latihan bertaraf antarabangsa.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata sebanyak 402,956 calon berdaftar telah menamatkan peperiksaan SPM hari ini.