Pemegang ijazah luar negara tidak diiktiraf, sila tampil!

Sinar Harian
September 11, 2018 06:47 MYT
Saifuddin meminta PTD yang lewat diserap atau dilantik dalam perkhidmatan memaklumkan kepadanya segera. -Gambar fail
Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah meminta Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang lewat diserap atau dilantik dalam perkhidmatan memaklumkan kepadanya segera.
Menerusi Twitter beliau, Saifuddin berkata terdapat pegawai termasuk PTD dihantar ke Amerika Syarikat (AS) dan Perancis menggunakan 'penaja kerajaan' bagi ijazah pertama tetapi masih tidak diserap dalam perkhidmatan awam.
"Saya difahamkan ada pegawai (termasuk PTD) dihantar 'penaja kerajaan' ke AS dan Perancis untuk ijazah pertama, selepas lulus/pulang, penaja tak faham nak iktiraf ijazah itu, menyebabkan pegawai itu lewat diserap/dilantik dalam perkhidmatan.
"Kalau ada mangsa, hubungi Setiausaha Politik saya Nazri," katanya.

Sy difahamkn ada pegawai (trmasuk PTD)yg dihantar 'penaja kerajaan' ke US & Perancis utk ijazah pertama, selepas lulus/pulang,penaja tak faham nak iktiraf ijazah itu,menyebabkan pegawai itu lewat diserap/dilantik dlm perkhidmatan.Klu anda mangsa, hubungi SU Politik sy Nazri.

— Saifuddin Abdullah (@saifuddinabd) September 11, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, pengguna Twitter turut meluahkan perkara yang sama dengan memberitahu ijazahnya tidak diiktiraf sedangkan tidak ada surat halangan untuk menyambung pengajiannya di Indonesia.
#Amerika Syarikat #Pegawai Tadbir dan Diplomatik #penaja kerajaan #perkhidmatan awam #PTD #Saifuddin Abdullah #setiausaha politik