Pembunuhan pemimpin Hamas tidak mengurangkan semangat pejuang - MAPIM

Astro Awani
Julai 31, 2024 21:32 MYT
Presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid berkata Hamas akan memastikan Israel mendapat tindak balas atas kematian Haniyeh, yang terbunuh dalam serangan Zionis ke atas kediamannya di Tehran.- Bernama
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yakin pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran, Iran tidak akan mengurangkan semangat juang pejuang Hamas.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan berkata, tindakan Israel itu akan membuatkan para penyokong Hamas dan Palestin di seluruh dunia terus bersolidairiti meneruskan perjuangan dan sokongan.
Tegas MAPIM, Hamas akan memastikan Israel mendapat tindak balas atas kematian Haniyeh, yang terbunuh dalam serangan Zionis ke atas kediamannya di Tehran.
Ini kerana Ismail Haniyeh sudah bersedia melakukan genjatan senjata di Gaza namun sikap penjenayah Natanyahu dan seluruh kabinet perang Israel yang didukung Amerika Syarikat jelas berazam meneruskan operasi genosid dan membunuh pemimpin yang disasar.
Israel yang sedang bermusuhan dengan pelbagai negara dan ini mendedahkan mereka kepada tindakbalas oleh kumpulan yang tidak boleh menerima keganasan Israel.
Sementara itu, MAPIM menuntut pemimpin Islam dunia tidak mendiamkan diri dan sudah tiba masanya Israel dihukum dengan hukuman keras terhadap jenayah mereka.
#Hamas #Iran #Zionis #MAPIM
;