Pembunuhan Kim Jong-Nam: Siti Aisyah berlepas pulang ke Indonesia naiki jet swasta

Astro Awani
Mac 11, 2019 17:14 MYT
Dalam sidang media berkenaan, Siti Aisyah turut menzahirkan kegembiraannya untuk bertemu dengan keluarga dan sanak saudara. - Foto Astro AWANI
Warga Indonesia, Siti Aisyah telah selamat berlepas ke kampung halamannya di Indonesia melalui sebuah penerbangan jet swasta dari Lapangan Terbang Subang, Selangor hari ini, selepas dilepaskan tanpa dibebaskan dari pertuduhan membunuh seorang warga Korea Utara pada 2017.
Siti Aisyah, 26, dilaporkan berlepas sekitar jam 4.30 petang susulan keputusan yang dibaca oleh Hakim Datuk Azmi Ariffin awal hari ini, selepas Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad yang memberitahu mahkamah pihak pendakwaan menerima arahan untuk menarik semula pertuduhan terhadap Siti Aisyah mengikut Seksyen 254(1) Kanun Acara Jenayah.
Siti Aisyah yang kemudiannya telah mengadakan sidang media di Kedutaan Indonesia, di ibu negara sebelum pulang ke kampung halaman, turut berterima kasih kepada kerajaan Indonesia dan Malaysia kerana kejayaan rundingan kedua-dua pihak dalam proses pembebasannya.

#KimJongNam Siti Aisyah bersama wakil kerajaan dan Kedutaan Besar Republik Indonesia menaiki pesawat peribadi untuk pulang negara republik itu. #AWANInews @501Awani pic.twitter.com/9xIqe1b1Nr

— Fareez Azman (@Fareez_Awani) March 11, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#KimJongNam Siti Aisyah selamat menaiki pesawat perbadi kira kira jam 4.30 petang tadi berlepas pulang ke Republik Indonesia. @501Awani #AWANInews pic.twitter.com/LONim4li0S

— Fareez Azman (@Fareez_Awani) March 11, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#KimJongNam Kelihatan wakil kerajaan Indonesia dan Siti Aisyah menaiki pesawat peribadi yang akan terbang ke Indonesia sebentar lagi. Media hanya dibenarkan berada di luar pagar. @501Awani #AWANInews pic.twitter.com/P4kYLBkiky

— Fareez Azman (@Fareez_Awani) March 11, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam sidang media berkenaan, Siti Aisyah turut menzahirkan kegembiraannya untuk bertemu dengan keluarga dan sanak saudara.
Mengikut pertuduhan, Siti Aisyah dan warga Vietnam, Doan Thi Huong didakwa membunuh Kim Chol bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas di Balai Berlepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) Sepang kira-kira jam 9 pagi, 13 Februari 2017.
Kedua-dua wanita itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Prosiding pembelaan terhadap Doan sedang berjalan.
#Indonesia #jenayah #Kim Jong-nam #Kim Jong-un #Korea #Korea Utara #Kuala Lumpur #mahkamah #Malaysia #penerbangan #pesawat #siti aisyah
;