Pembunuhan Jong Nam: Polis menahan seorang lagi suspek, warga Korea
Tan Su Lin
Februari 18, 2017 12:32 MYT
Februari 18, 2017 12:32 MYT
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan identiti suspek berkenaan sebagai seorang warga Korea Utara.
Polis menahan seorang suspek dipercayai terlibat dalam pembunuhan Kim Jong Nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan identiti suspek berkenaan sebagai seorang warga Korea Utara.
Beliau menerusi satu kenyataan media, mengesahkan bahawa suspek ditahan semalam pada pukul 9.50 malam di Selangor.
Berdasarkan i-Kad yang dimilikinya, suspek dikenal pasti sebagai Ri Jong Chol berumur 47 tahun dan merupakan warganegara Republik Demokratik Rakyat Korea.
Setakat ini, polis telah menahan empat orang suspek yang dipercayai terlibat dengan pembunuhan Jong Nam, Isnin lalu.
Polis masih memburu tiga lagi suspek.