Pembukaan semula sekolah 3 Okt, ini lima perkara yang anda perlu tahu

Madiha Abdullah, Ridauddin Daud
September 12, 2021 19:00 MYT
Sistem penggiliran murid akan dilaksanakan dengan kehadiran murid ke sekolah 50 peratus daripada enrolmen keseluruhan kelas. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Berikut adalah beberapa perkara yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin dalam sidang media Pengoperasian Sekolah, pada Ahad.
Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum ini mengumumkan tarikh pembukaan sekolah bagi negeri-negeri dalam Fasa 2 dan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah pada 3 Oktober.
1) FASA PEMBUKAAN
FASA 1
*Tiada sekolah dibuka. Untuk negeri dalam Fasa 1, sama ada di SK atau SMK, mereka akan terus melaksanakan PDPR.
FASA 2
*Untuk SK hanya murid MBK (Murid Bekeperluan Khas), anak-anak istimewa di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan juga murid PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi) yang akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran.
*Murid Tingkatan Enam semester dua dan IBD Tahun Dua, murid di sekolah asrama penuh, murid kelas peperiksaan antarabangsa juga akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran.
*Murid prasekolah, tadika swasta, pusat pemkembangan minda umur empat hingga enam tahun serta sekolah kurang murid iaitu kapasiti kurang 150 murid juga akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran.
FASA 3
*Murid berkeperluan khas (MBK) dan juga Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah rendah akan meneruskan sesi persekolahan bermula tarikh berkenaan.

*Bagi murid lain mereka akan meneruskan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)

*Bagi sekolah menengah pula, semua murid akan meneruskan PdPR, manakala pelajar Tingkatan 6 semester 2 dan program pra universiti akan hadir tanpa penggiliran.

*MBK dan PPKI bagi sekolah menengah juga akan hadir seperti biasa tanpa penggiliran termasuk pelajar kelas antarabangsa dan juga murid kelas peperiksaan awam di sekolah harian dan swasta.

FASA 4
2) PENGGILIRAN MURID
Bermula 3 Oktober, sistem penggiliran murid akan dilaksanakan dengan kehadiran murid ke sekolah 50 peratus daripada enrolmen keseluruhan kelas.
Beberapa pengecualian bagi penggiliran murid di sekolah berdasarkan:
BACA: Pengoperasian sekolah: Hanya 50 peratus kehadiran murid dalam kelas, kurangkan risiko penularan - Radzi Jidin
3) PAKAIAN
Pelajar dibenarkan memakai pakaian yang sesuai, kemas dan sopan jika pakaian seragam sekolah yang sedia ada tidak lagi sesuai dipakai.
BACA: Pengoperasian sekolah: Pakaian seragam tak perlu, pelitup muka wajib - Radzi Jidin
4) OPSYEN TIDAK KE SEKOLAH
Ibu bapa dan penjaga perlu menghantar surat bagi tujuan rekod pentadbiran sekolah jika memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah
BACA: Pengoperasian sekolah: Tak hadir tak apa, tapi perlu ada surat penjelasan - Radzi Jidin
TAKWIM
Sesi persekolahan 2021 akan dilanjutkan sehingga ke Mac 2022.
Ini bermakna murid tahun satu pada tahun 2022 akan mula sesi perskolahan pada bulan Mac.
BACA: Pengoperasian sekolah: Takwim persekolahan 2021 dilanjutkan sehingga Mac 2022 - Radzi Jidin
[TERKINI] Sidang media pengoperasian sekolah
#Kementerian Pendidikan #sekolah #pelajar #pengajaran dan pembelajaran #PdPR #peperiksaan #pendidikan #Pelan Pemulihan Negara
;