SEPANG: Malaysia dijangka menarik dua juta pelancong antarabangsa tahun ini dengan RM8.6 bilion pendapatan pelancongan berikutan pembukaan semula sempadan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata pembukaan semula sempadan Malaysia hari ini akan membawa pemulihan besar bagi industri pelancongan.
"Kita menunggu dengan sabar untuk saat ini. Ini seperti Hari Raya kita," kata Nancy semasa mengalu-alukan ketibaan 220 penumpang pesawat Etihad Airways dari Abu Dhabi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Pesawat penerbangan EY418 itu yang mendarat di KLIA pada 10.14 pagi diberikan sambutan tradisi semburan air.
Nancy berkata terdapat kira-kira 100 penerbangan yang dijadualkan tiba di lapangan terbang Malaysia hari ini, membawa lebih 10,000 penumpang termasuk pelawat asing, dengan 80 daripadanya melalui KLIA dan klia2.
"Industri teruja untuk mengalu-alukan pengunjung sekali lagi selepas aktiviti pelancongan sunyi sejak dua tahun lepas," katanya sambil menambah bahawa mereka telah bersedia terutamanya pengendali inap desa dan ekopelancongan di kawasan luar bandar.
Nancy berkata pemain industri diharap menggunakan kebijaksanaan digital untuk mempromosi produk masing-masing kerana trend pelancong kini lebih cenderung kepada melancong dalam kumpulan kecil dan keluarga.
Beliau berkata pelbagai program pelancongan juga telah disusun untuk tahun ini seperti majlis iftar bagi menonjolkan adat budaya Malaysia dan produk pelancongan seperti tempat hiburan dan membeli-belah di Genting Highlands dan Cameron Highlands serta percutian di pulau yang mendapat permintaan memberangsangkan.
SEMUA MENGENAI PEMBUKAAN SEMPADAN NEGARA DI SINI
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Imigresen Datuk Zakaria Shaaban pula berkata fasiliti di 183 pintu masuk negara telah bersiap siaga menerima kedatangan pengembara dengan kaunter manual telah diaktifkan 50 peratus manakala 'auto gate' telah aktif 100 peratus.
"Pihak imigresen bersedia membuka lebih banyak kaunter manual bergantung kepada keperluan. Setakat ini kaunter sedia ada mampu menampung ketibaan pengembara tanpa berlaku apa-apa kesesakan," katanya.
Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata pihaknya telah melakukan persediaan rapi sejak sebulan lepas dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kesihatan bagi memastikan proses ketibaan dan waktu menunggu untuk pengembara ringkas dan cepat.
Beliau berkata sukarelawan dan pasukan petugas MAHB telah digerakkan di kawasan lapangan terbang untuk membantu pengembara terutamanya dari segi penggunaan aplikasi MySejahtera untuk tempoh dua minggu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 01 2022
Pesawat penerbangan EY418 itu yang mendarat di KLIA pada 10.14 pagi diberikan sambutan tradisi semburan air. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
Tentera Sudan buka semula sempadan dengan Eritrea
Panglima tentera Sudan Jeneral Abdel Fattah al-Burhan pada Sabtu mengarahkan pembukaan semula sempadan negara dengan Eritrea, menurut satu kenyataan rasmi.
Pembukaan semula sempadan antara faktor kenaikan jumlah keuntungan Tabung Haji - Pakar
Pembukaan semula sempadan negara selepas keadaan COVID-19 terkawal adalah antara faktor kenaikan jumlah keuntungan Lembaga Tabung Haji.
Thailand alu-alukan kumpulan pelawat pertama dari China
Sebanyak 14 penerbangan yang membawa rombongan pelancong dari China dijadual tiba di Thailand pada Isnin.
Pelancongan perubatan Pulau Pinang mula meningkat
Jumlah pendapatan pelancongan perubatan Pulau Pinang meningkat secara eksponen berbanding RM66 juta yang direkodkan semasa 2021 kepada RM285 juta pada 2022.
Ringgit meningkat pada hari terakhir dagangan berikutan pembukaan semula sempadan China
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3995/4095 berbanding dolar AS kepada 4.4180/4215 sewaktu ditutup pada Khamis.
Lebih sejuta pelancong tiba di Malaysia sejak 1 April
Lebih sejuta pelancong tiba di negara ini, iaitu melebihi separuh daripada sasaran dua juta pelancong antarabangsa yang ditetapkan kerajaan pada tahun ini.
Sektor pelancongan domestik pantas catat pemulihan
Bagi pelancongan antarabangsa, pemulihan sedang berjalan dengan pembukaan sempadan Malaysia-Thailand, Malaysia-Singapura pada 1 April lepas.
Pembukaan semula 9 pusat pemeriksaan sempadan Thai-Malaysia dorong pemulihan ekonomi
Ia akan merangsang sektor pelancongan dan seterusnya meningkatkan perdagangan sempadan antara Thailand dan Malaysia.
JPJ Perlis pantau kenderaan keluar masuk Malaysia-Thailand
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis sentiasa melakukan pemantauan sejak pintu sempadan Malaysia-Thailand dibuka.
Pintu sempadan Padang Besar dibuka hari ini
Satu lagi pintu sempadan Malaysia-Thailand iaitu Padang Besar akan dibuka hari ini, bermula 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.