DUNGUN: Pembukaan kembali sesi persekolahan secara bersemuka bermula awal bulan depan mendapat reaksi positif dalam kalangan ramai ibu bapa.
Bagaimanapun, pada masa sama mereka berharap prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dilaksanakan bagi memastikan keselamatan pelajar ketika berada di sekolah.
Peniaga atas talian, Naimah Harun, berkata pembukaan sekolah terpaksa dilakukan demi perkembangan mental serta pendidikan anak-anak.
"Sebagai ibu saya rasa wajar sekolah dibuka, sekarang ini kita tahu anak-anak sudah bosan dengan persekitaran rumah dan rindu dengan suasana sekolah.
"Saya sebagai ibu pun sudah bosan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), apatah lagi anak-anak. Cuma, kita berharap pihak sekolah dapat bantu pantau SOP," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
BACA: Pembukaan sekolah: Penambahbaikan SOP minimumkan risiko jangkitan
BACA: Kaedah penggiliran sekolah untuk kembalikan semangat murid - Radzi
Suri rumah, Asmawati Ku Ahmad, berkata pematuhan SOP di sekolah akan memastikan risiko jangkitan COVID-19 dapat dikurangkan.
"Kita memang bimbang mengenai jangkitan COVID-19. Lebih-lebih lagi kepatuhan SOP di kalangan kanak-kanak. Kalau di rumahpun kita perlu selalu ingatkan anak-anak mengenai SOP.
"Jadi harap sangat guru-guru dapat bantu murid-murid di sekolah patuhi SOP dan amalkan kebersihan sepanjang masa," katanya.
Sebelum ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan bermula pada 3 Oktober ini.
Bagaimanapun, jelas beliau, sesi berkenaan tidak akan melibatkan negeri-negeri yang masih berada di dalam fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Astro Awani
Sun Sep 26 2021

Ibu bapa berharap prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dilaksanakan bagi memastikan keselamatan pelajar ketika berada di sekolah. - Gambar hiasan

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

COVID-19: KKM kesan pertambahan kes, kluster selepas pembukaan sekolah
KKM mengesan peningkatan kes COVID-19 serta bilangan kluster dari 26 Mac hingga 1 April lalu, susulan pembukaan semula sekolah di seluruh negara.

Tiada kelas akademik minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024
Tiada kelas akademik diadakan pada minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024 yang akan bermula 19 Mac dan 20 Mac ini.

Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 diumum dalam masa terdekat
Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0, akan diumumkan selepas pengumuman mengenai kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Hampir keseluruhan hadir ke sekolah tanpa penggiliran mulai 21 Mac - Radzi
Pengoperasian sekolah penggal satu bagi sesi akademik 2022/2023 yang akan bermula pada 21 Mac ini adalah lebih terbuka dengan hampir keseluruhan murid akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran.

Feri penumpang dari Butterworth ke pulau diawalkan bermula esok
Perkhidmatan feri penumpang iaitu untuk pejalan kaki akan diawalkan bagi perjalanan pertama dari Butterworth ke bahagian pulau negeri ini bermula esok berikutan pembukaan sesi persekolahan.

Sesi persekolahan penggal 3 ditangguh seminggu - Radzi Jidin
Keputusan itu diambil kira susulan bencana banjir yang berlaku ketika ini telah memberi kesan kepada murid, ibu bapa, guru-guru termasuk sekolah.

Parlimen: Lebih 85 peratus murid hadir ke sekolah - KPM
Keadaan ini menunjukkan bahawa pembukaan semula sekolah secara umumnya diterima baik oleh ibu bapa dan murid.

Kehadiran ke sekolah tanpa penggiliran tertakluk kepada kajian, analisis - Radzi
Kehadiran pelajar ke sekolah tanpa penggiliran bagi kumpulan pelajar lain akan dilaksana tertakluk kepada kajian dan analisis Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sekolah diingatkan, beri kelonggaran murid tidak pakai pakaian seragam - Radzi
Pihak sekolah sekali lagi diingatkan agar memberi kelonggaran kepada pelajar yang hadir ke sekolah untuk tidak memakai pakaian seragam sekolah.

Mulai 8 Nov, tiada penggiliran bagi sekolah 90 peratus vaksinasi lengkap - KPM
Keputusan itu adalah hasil perbincangan bersama dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).