Pembukaan Parlimen gemuruh dengan tepukan kepada petugas barisan hadapan, atlet
Hasimi Muhamad
September 13, 2021 11:24 MYT
September 13, 2021 11:24 MYT
KUALA LUMPUR: Sesi pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat hari ini riuh dengan tepukan penghargaan yang diberikan oleh Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan ahli Dewan Rakyat kepada petugas barisan hadapan.
Ia selepas Yang di-Pertuan Agong mengajak ahli Dewan Rakyat bangun dan memberikan tepukan gemuruh kepada kumpulan berkenaan yang banyak berkorban memerangi pandemik COVID-19.
Selain petugas barisan hadapan, penghargaan turut diberikan kepada atlet Paralimpik dan Olimpik yang mencipta kejayaan di kedua-dua acara sukan antarabangsa itu.
"Dalam negara berhadapan saat getir mengharungi pandemik COVID-19; petugas barisan hadapan negara khususnya perkhidmatan kesihatan terus berusaha keras mencurah khidmat bakti tanpa mengenal penatdan lelah; serta ber-hadapan dengan pelbagai panjang.
"Justeru; marilah kita terus menyokong dan merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan dan sektor kritikal lain atas perkhidmatan mereka yang tiada bandingannya
"Saya menjemput semua berdiri dan berikan tepukan gemuruh kepada mereka," titah baginda.
Ikuti semua kandungan ini di laman mikro Sisi TV Parlimen serta di semua platform media sosial Astro AWANI sepanjang sidang Parlimen ini berlangsung.