Pembuat kereta EV disaran pertimbang jadikan Malaysia sebagai hab EV di ASEAN

Bernama
Februari 20, 2024 15:12 MYT
Tengku Zafrul (tiga, kanan) dan Lih Kang (empat, kanan) bergambar pada majlis memperkenalkan inisiatif Beyond Zero UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) di MRANTI Park hari ini. -Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyeru pembuat kenderaan elektrik (EV) yang mempunyai kilang pembuatan di Malaysia mempertimbangkan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab untuk membekalkan dan menawarkan perkhidmatan ke pasaran EV yang berkembang pesat di ASEAN.
Beliau berkata demikian berikutan pasaran EV di ASEAN dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sekitar 33 peratus daripada kira-kira AS$500 juta pada 2021 kepada AS$2.7 bilion (RM11.77 bilion) menjelang 2027.
"Malaysia mempunyai banyak faktor positif yang menjadikan landskap pelaburan kita sesuai bagi menyokong hasrat hab serantau syarikat multinasional.
Beliau berkata demikian dalam ucap tama pada majlis memperkenalkan inisiatif Beyond Zero UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) di sini hari ini.
-- BERNAMA
#Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz #ASEAN #EV #Malaysia sebagai hab
;