DUNGUN:Pembinaan velodrom Azizulhasni Awang di Balai Besar di sini yang sekian lama dinanti rakyat Terengganu akhirnya telah mula dibina pada Disember tahun lepas dan dijangka siap April 2022.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Wan Sukairi Wan Abdullah berkata kerja-kerja pembinaan velodrom yang dianggarkan berjumlah RM11.8 juta itu kini telah mencapai 34 peratus.
"Mengikut tarikh asal siap adalah pada hujung tahun ini namun berikutan penularan pandemik COVID-19 telah berlaku kelewatan. Namun, apa yang saya lihat sekarang kerja-kerja pembinaan sedang berjalan dengan lancar dan agak pantas," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan velodrom Azizulhasni Awang di Balai Besar, di sini semalam.
Katanya, kerajaan negeri berharap velodrom Azizulhasni Awang yang berkeluasan kira-kira dua hektar itu bukan sahaja dijadikan sebagai tempat latihan malah ia boleh dijadikan lokasi penganjuran kejohanan berbasikal trek bagi peringkat kebangsaan.
Selain itu katanya, dengan kewujudan velodrom yang diumumkan sejak 2010 itu, kerajaan negeri berharap lebih ramai atlet berbasikal trek dari Terengganu dapat dilahirkan pada masa hadapan.
Mengulas mengenai lawatannya semalam, Wan Sukairi berkata beliau telah meminta pihak pengurusan projek untuk melakukan beberapa penambahbaikan terhadap pembinaan projek velodrom itu termasuk dalam aspek keselamatan dan ruang penonton.
"Tanah yang kita (kerajaan negeri) gazetkan untuk projek ini adalah seluas lebih kurang 11 ekar (4.5 hektar) dan tapak velodrom ini hanya mengambil separuh daripada keluasan tanah. Maksudnya kita ada banyak ruang lagi yang boleh digunakan. Setakat ini, ada sedikit isu berkaitan penonton...ia tidak muat untuk jumlah penonton yang ramai," katanya.
Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri turut melihat kemungkinan untuk membina sebuah trek sukan berbasikal lasak BMX di atas tanah yang sama dengan velodrom Azizulhasni Awang tersebut, sebagai penambahan kepada Trek BMX sedia ada yang terletak di Bukit Bauk di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 17 2020
Kerja-kerja pembinaan velodrom Azizulhasni Awang di Balai Besar dianggarkan berjumlah RM11.8 juta. --fotoBERNAMA
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium - Amarjit
Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun depan atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui.
Beasley yakin Azizulhasni akan kembali ke gelanggang tahun depan
Kehadiran semula pemenang pingat Olimpik dua kali itu motivasi buat pasukan negara.
Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.
Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.
Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.