Pembinaan MRT penanda aras pengangkutan awam yang lebih baik - Rahman Dahlan

Hilal Azmi
November 3, 2015 15:59 MYT
ABDUL RAHMAN: Pada masa akan datang, LRT, MRT, monorel, bas dan teksi mestilah berpatutan supaya orang ramai boleh menukar cara pengangkutan mereka. - Gambar fail
Kerajaan perlu memastikan pengangkutan awam menawarkan harga yang berpatutan sebagai pilihan utama rakyat.
Menteri Kesejaheteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pembinaan projek Mass Rapid Transit (MRT) harus menjadi penanda aras bila ia akan tercapai.
"Laluan MRT 1, 2, dan 3 yang sedia digunakan bakal menjadi penanda aras yang baik kerana ia secara perlahan-lahan boleh mempengaruhi rakyat untuk tidak menggunakan kenderaan sendiri untuk memasuki bandar.
"Jika anda menggunakan kereta anda sendiri, anda akan perlu membayar tol dan petrol dan tidak lupa, tempat letak kenderaan yang mana ianya lebih mahal.
"Pada masa akan datang, LRT, MRT, monorel, bas dan teksi mestilah berpatutan supaya orang ramai boleh menukar cara pengangkutan mereka.
"Kami mahu pengangkutan awam untuk menjadi mapan untuk semua," katanya semasa sidang media sebagai tindak balas kepada kenaikan harga untuk LRT, KTM dan monorel tiket diumumkan semalam.
Sementara itu, Abdul Rahman berkata, kenaikan harga tol adalah diakibatkan peningkatan kos operasi malah beliau turut memberi cadangan penggunaan jalan alternatif.
"Ada jalan alternatif dari lokasi A ke lokasi B tanpa melalui tol, cumanya bila tak melalui tol, maka memakan masa dan mungkin akan mengalami kesesakan dan banyak lampu isyarat.
"Dari situ kita kena invest masa, kalau tak nak bayar tol, kita kena 'invest' masa untuk sampai ke destinasi kita," tambahnya.
#Abdul Rahman Dahlan #LRT #monorel #MRT #pengangkutan awam #tol
;