'Pembinaan masjid tanggungjawab kerajaan pusat'
Astro Awani
Februari 12, 2013 13:25 MYT
Februari 12, 2013 13:25 MYT
Lebih 20 masjid baru telah dibina oleh kerajaan pusat di Kelantan sejak 2008
Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed, kerajaan pusat juga turut membaik pulih lebih 100 masjid dan surau di seluruh Kelantan.
Mustpha berkata, kerajaan pusat tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya dalam soal yang melibatkan kepentingan rakyat walaupun Kelantan di bawah pentadbiran Pas.
“Ini adalah tanggungjawab pusat bagi memastikan rakyat Kelantan selesa untuk beribadat di rumah Allah ini,” kata Mustapha.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek sumbangan kerajaan pusat bernilai RM500 ribu kepada masjid Mentuan yang sedang dalam pembinaan.
Pembinaanya bermula sejak 2010 hasil sumbangan orang ramai dimana masjid berkenaan menelan kos RM1 juta.