Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dijangka atasi banjir kilat di Jalan Tuaran
Bernama
Mei 30, 2020 08:08 MYT
Mei 30, 2020 08:08 MYT
Reka bentuk pembinaan laluan Lebuhraya Pan Borneo di Jalan Rugading di sini dijangka dapat menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan berkenaan.
Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata selain penambahbaikan sistem perparitan, saluran air juga akan dibina di sepanjang laluan tersebut sekali gus melancarkan aliran air.
"Jabatan Kerja Raya Sabah akan memberi tumpuan kepada pembinaan jalan yang sistematik bagi memastikan masalah banjir di atas jalan raya sekitar Telipok dan Tuaran selesai secara tuntas.
"Selain itu, Jabatan Pengairan Saliran Sabah pula akan menaik taraf 'outlet' sedia ada supaya dapat menampung pengaliran air yang banyak setiap kali hujan lebat," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di sekitar Jalan Rugading, pada Jumaat.
Menurutnya masalah banjir di situ disumbang oleh saluran air yang kecil dan mampu menampung aliran air ketika hujan lebat.
-- BERNAMA
#banjir
#banjir kilat
#Jabatan Kerja Raya Sabah
#Jabatan Pengairan Saliran Sabah
#Jalan Rugading
#Lebuhraya Pan Borneo
#Sabah
#saluran air
#Wilfred Madius Tangau