Pembinaan 'jambatan bengkok' belum muktamad - Baru Bian

Harits Asyraf Hasnan
Oktober 30, 2018 04:08 MYT
Kerajaan sedang mengkaji untuk menaiktaraf Tambak Johor sebagai alternatif kepada pembinaan jambatan bengkok bagi menangani isu kesesakan di Tambak Johor.

Cadangan pembinaan 'jambatan bengkok' menghubungkan Malaysia dan Singapura masih belum dimuktamadkan olerh kerajaan.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata proses perbincangan dan kajian masih dijalankan melibatkan kos, implikasi sosio-ekonomi, politik dan hubungan antarabangsa.

“Justeru, kementerian akan merujuk kepada Jemaah Menteri bagi mendapatkan pandangan dan hala tuju pelaksanaan projek ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

BACA: Ahmad Maslan tidak setuju 'jambatan bengkok'
INFOGRAFIK: Kronologi projek 'jambatan bengkok'
BACA: DAP nafi tidak sependapat dengan Tun Mahathir

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang ingin tahu justifikasi pembinaan ‘jambatan bengkok’ ini.

Menjawab soalan tambahan Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang bertanyakan sama ada kerajaan akan menaiktaraf Tambak Johor sebagai alternatif kepada pembinaan jambatan bengkok bagi menangani isu kesesakan di Tambak Johor, Baru berkata ia akan turut dikaji.

#Bari Bian #Dewan Rakyat #jambatan bengkok #kerajaan #Mahathir Mohamad #Malaysia #menteri #Menteri Kerja Raya #Najib Razak #politik #rakyat #Singapura #Tambak Johor