TAWAU: Pembinaan jalan raya sepanjang 39 kilometer (km) dari Kalabakan dekat sini hingga sempadan Malaysia di Serudong yang akan menghubungkan jalan ke Simanggaris di Kalimantan, Indonesia, dilihat mampu meningkatkan ekonomi sempadan.
Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata projek pembinaan itu penting selari dengan pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan dan bakal menjadi pengubah keadaan kepada pembangunan dan pendapatan rakyat tempatan di Sabah.
"Saya sudah memaklumkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob) bahawa projek itu perlu segera dilaksanakan sebab ia akan memberi impak atau game change kepada rakyat Sabah termasuk dalam bidang ekonomi dan pelancongan.
"Saya percaya ia juga bantu pertingkat pembangunan di Sabah dan mungkin dengan adanya game change ini, Sabah akan terkeluar daripada kemiskinan, sebab itu saya dan pasukan melawat sendiri beberapa jajaran yang boleh digunakan untuk cadangan projek ini," katanya kepada pemberita selepas melawat projek Empangan Air Cinta Mata di Gudang Empat di sini hari ini.
Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata pendekatan pembinaan itu juga bagi memudahkan akses rakyat di kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia selain meningkatkan mutu keselamatan sempadan.
Sementara itu, katanya projek Empangan Air Cinta Mata di Gudang Empat bernilai lebih RM400 juta kini dalam proses untuk disiapkan sebelum hujung 2024 sekali gus dapat membekalkan air bersih kepada hampir seluruh penduduk Tawau.
"Projek ini tergendala akibat pelaksanaan beberapa kali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pekerjanya juga melibatkan pekerja asing yang memerlukan permit kerja namun segala permasalahan itu diselesaikan," katanya.
Dalam pada itu, beliau mahu air bersih dapat dibekalkan secara manual kepada penduduk terjejas air dengan Jabatan Air Negeri Sabah mengambil inisiatif seperti menghantar lori tangki air.
"Kita juga minta agar Jabatan Air menggunakan kontraktor air menghantar air ke kawasan terjejas, selain itu saya mencadangkan agar wakil rakyat setiap kawasan terjejas agar menggunakan peruntukan kawasan untuk mewujudkan satu stesen menempatkan tangki air.
"Misalnya, dalam satu stesen ada 10 tangki air dan lori tangki air boleh hantar air tiga kali dalam seminggu, seterusnya penduduk boleh mengambil air di stesen terlibat, saya tahu penduduk tanggung beban dan tekanan dengan masalah air," katanya.
Bung Moktar berkata kerajaan sedang berusaha melaksanakan pelbagai projek pembinaan berkaitan air untuk dinikmati oleh rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 09 2022
Bung Moktar berkata, projek pembinaan itu penting selari dengan pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan. - Gambar fail
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peguam Bung Moktar sakit jantung, prosiding tangguh 9 Oktober
Prosiding pendengaran rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Bung Moktar dan Zizie Izette daripada pertuduhan rasuah ditangguhkan ke 9 Oktober depan.
Status lima ADUN UMNO Sabah sokong Hajiji akan dinilai lembaga disiplin, MKT parti
Status lima ADUN UMNO Sabah yang menyokong Datuk Seri Hajiji akan dinilai lembaga disiplin parti.
ADUN Warisan, UMNO tidak hadir DUN Sabah, sepakat sokong dua RUU kuasa kawal selia bekalan gas
Ahli Dewan Undangan Negeri dari Parti Warisan dan UMNO Sabah dilihat tidak hadir pada sidang khas di Dewan Undangan Negeri Sabah, hari ini.
Politik Sabah: Istana Seri Kinabalu sedia kanopi untuk media
Dua kanopi disediakan di hadapan pintu gerbang Istana Seri Kinabalu kepada pengamal media yang 'berkampung' di hadapan Istana Seri Kinabalu.
Serah kuasa: Bantu Kerajaan Sabah rancang pembangunan bekalan air, letrik, jalan raya - Bung Moktar
Penyerahan kuasa meluluskan projek-projek pembangunan bernilai bawah RM50 juta kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak dilihat dapat merancangkan pembangunan tiga keperluan asas yang dituntut rakyat Sabah.
Dakwaan ADUN BN terlibat usaha tukar kerajaan tidak benar - Bung Moktar
Bung Moktar menafikan dakwaan terdapat usaha untuk menggantikan kerajaan yang ditadbir oleh parti itu dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kepada kerajaan BN-Parti Warisan (Warisan).
PRU15: Bung Moktar, Maximus Ongkili kekal pertahan kerusi
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar kekal mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Kerja baik pulih cerun KM2.1 Sandakan dimulakan bulan depan - Bung Moktar
Kerja-kerja pembaikan cerun yang runtuh di kilometer KM2.1 jalan utama menuju ke pusat bandar berhampiran bulatan menara jam SM Sung Siew, di sini, akan dimulakan bulan depan.
'Pejuang di Semenanjung pun kalah teruk, mau datang Sabah lagi?' - Bung Moktar
Tegasnya, Pejuang hilang semua wang pertaruhan ketika bertanding di Semenanjung dan amat mustahil rakyat Sabah berminat dengan parti itu.
Naikkan harga tiket: Syarikat penerbangan 'hisap darah' rakyat - Bung Moktar
Ada syarikat penerbangan meletakan syarat semua penumpang wajib mendaftar masuk melalui mesin disediakan, dan bayaran RM100 dikenakan.