Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang - Zahid

Sinar Harian
Januari 30, 2023 06:00 MYT
Ahmad Zahid ketika ditemui pemberita selepas majlis Personaliti Quran di Nasyrul Quran pada Isnin. -Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kekal mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung pemecatan dua ahli parti dan penggantungan empat yang lain dalam pembersihan total parti itu.
Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata:
"Tunggulah, dalam sesi akan datang," katanya.
Beliau terlebih dahulu ditanya mengenai jawapan terhadap keputusan pemecatan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.
Jumaat lalu, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi turut memutuskan beberapa pemimpin lain antaranya Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan digantung keahlian selama enam tahun. -Sinar Harian
#pembersihan umno #Zahid Hamidi #Khairy Jamaluddin #Noh Omar
;