Pembenihan awan usaha padamkan kebakaran di Indonesia
Astro Awani
Jun 21, 2013 19:18 MYT
Jun 21, 2013 19:18 MYT
Pembenihan awan akan dilakukan di kawasan pembakaran hutan dan tanah pertanian di Indonesia.
Anggota dewan perwakilan rakyat daerah (DPRD), Kota Dumai, Timo Kipda memaklumkan bahawa langkah itu bertujuan mengelak kebakaran terus merebak dan mengurangkan jerebu.
Sementara itu, penduduk yang ditemui memaklumkan akan berpindah buat sementara waktu.
Di daerah Riau pula, penduduk terpaksa meneruskan aktiviti mereka dalam keadaan asap tebal berwarna hitam.
Di Batam, pihak berkuasa mula mengagihkan topeng muka kepada penduduk dan mengeluarkan arahan supaya penduduk mengurangkan aktiviti luar rumah.
Dalam perkembangan sama, operasi memadam di kawasan hutan sumatera kini dipertingkat dengan menggunakan bantuan helikopter.
Agensi Pengurusan Bencana Indonesia memaklumkan sejumlah 100 anggota bomba kini bertugas memadam kebakaran.