Pembelian hartanah di Melbourne berlandaskan laporan jurunilai - Abdul Halim

Hafiz Marzukhi
Jun 26, 2015 20:37 MYT
Pihak Mara Inc tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberi kerjasama penuh bagi siasatan ke atas pembelian.
Pembelian hartanah di Melbourne oleh anak syarikat Mara iaitu Mara Incorporated Sdn Bhd dibuat berlandaskan laporan dari jurunilai antarabangsa.
Ketua Pegawai Eksekutif Mara Inc, Datuk Abdul Halim A. Rahim berkata, keputusan dibuat bukan sahaja berdasarkan satu jurunilai tetapi rujukan turut dibuat kepada penilai hartanah lain.
"Harga nilaian bagi hartanah tersebut adalah lebih tinggi daripada harga yang ditawarkan.
"Oleh itu, kami percaya bahawa keputusan pembelian hartanah tersebut adalah baik bagi syarikat untuk jangkamasa panjang," jelas beliau.
Tambahnya, pihak Mara Inc tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberi kerjasama penuh bagi siasatan ke atas pembelian.
"Kami mempunyai segala dokumen sokongan untuk menguatkan lagi alasan kepada pembelian hartanah itu," kata beliau.
#Abdul Halim A Rahim #hartanah #Mara Incorporated Sdn Bhd #Melbourne
;