SEMPORNA: Pembelajaran murid Sekolah Kebangsaan (SK) Mabul diperkasakan menerusi Program HASiL Kasih Prihatin 2022 anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).
Menerusi program itu, dua unit komputer riba, kipas industri, seunit mesin cetak, projektor, papan tanda baharu nama sekolah dan 10 kotak kertas A4 telah diserahkan sebagai usaha membantu menaik taraf
kemudahan pembelajaran di sekolah berkenaan.
"Turut disumbangkan oleh HASiL ialah 250 unit beg sekolah baharu dan 300 pek makanan untuk dimanfaatkan oleh semua murid dan guru di sekolah tersebut.
"Program tanggungjawab sosial (CSR) HASiL pada kali ini menumpukan kepada tiga aktiviti utama iaitu CSR Marin yang memberi fokus kepada kelestarian hidupan laut, CSR Komuniti yang menyasarkan kesejahteraan komuniti setempat dan CSR SK Mabul yang berorientasikan pembangunan pembelajaran murid," menurut LHDN dalam dalam satu kenyataan pada Khamis.
Program ini antara lain membuktikan bahawa peranan dan tanggungjawab Keluarga HASiL tidak hanya terhad kepada mentadbir cukai langsung semata-mata, sebaliknya HASiL turut berperanan membantu masyarakat menerusi program kesedaran dan pendidikan sekali gus mampu memberi kesan kepada peningkatan pematuhan cukai secara sukarela di negara ini.
"Pelaksanaan serta penganjuran berterusan program seperti ini merupakan tanda sokongan padu HASiL kepada pembangunan modal insan termasuk kepada masyarakat luar bandar dan ia juga merupakan salah satu pendekatan strategik HASiL dalam mendekatkan diri kepada masyarakat," tambah kenyataan itu.
Astro Awani
Thu Jun 30 2022
Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Mohd Nizom Sairi menyerahkan sumbangan bag sekolah kepada murid SK Pulau Mabul sambil disaksikan Pengarah LHDN Sabah, Datuk Hajam Lajah Alam - Gambar LHDN
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pada masa ini terdapat banyak perbincangan, tidak hanya antara syarikat-syarikat di negara serantau malah dunia berhubung perkara itu.
Lawatan negara Anwar ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65 bilion - Tengku Zafrul
Pakistan turut beri komitmen untuk tingkat import minyak kelapa sawit dari Malaysia dan import produk berasaskan kayu, baja, petrokimia.
Tiada potensi penyelesaian diplomatik konflik Israel-Palestin
PM Anwar Ibrahim akui usaha diplomatik gagal hentikan kekejaman Israel di Palestin dan Lubnan, menyalahkan sokongan kuat dari Amerika Syarikat sebagai punca.
Malaysia dan Pakistan perkukuh kerjasama menentang ekstremisme
PM Anwar Ibrahim menyeru Malaysia dan Pakistan untuk memperhebat usaha bersama dalam memerangi keganasan melalui kerjasama risikan, strategi, dan pembaharuan pendidikan serta sosial.
Malaysia-Pakistan sasar tingkatkan hubungan perdagangan
PM Anwar Ibrahim dan Shehbaz Sharif komited meningkatkan perdagangan antara Malaysia dan Pakistan, dengan fokus pada eksport, teknologi pertanian, farmaseutikal, dan kerjasama sektor pekerja mahir.
Anwar akui usaha diplomatik hentikan kedegilan, kekejaman Israel tidak berkesan
Keberanian Israel bertindak sesuka hati di Palestin dan Lubnan, mungkin disebabkan sokongan diterima daripada Amerika Syarikat, tegas Perdana Menteri.
[LAPOR LANGSUNG] Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh sementara 151 lagi cedera akibat serangan Israel di seluruh Lubnan pada Khamis.
Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Letupan besar kedengaran di Beirut dengan imej dari ibu negara Lubnan itu menunjukkan langit malam menyala di kawasan selatan bandar itu.
Pangkalan tentera utama Israel binasa, lebih 20 jet pejuang musnah
Imej satelit menunjukkan kesan kemusnahan hangar pesawat di pangkalan utama tentera udara Israel selepas ia dibedil Iran di bawah Operasi Janji Benar 2.0.
Israel tekad terus serang Hezbollah di Beirut - Ketua tentera
Tentera Israel "tekad untuk memusnahkan" infrastruktur Hezbollah berhampiran sempadan Lubnan dan akan terus melakukan kerosakan terhadap kumpulan itu.
E-Invois: LHDN pastikan semua data selamat, terpelihara
Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata, LHDN memperuntukkan dana yang besar dalam membangunkan sistem itu.
E-Invois: LHDN pastikan semua data selamat, terpelihara
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan sentiasa memastikan semua data yang dimasukkan dalam sistem e-Invois adalah selamat dan terpelihara.
Lebih 60 semakan audit terhadap GISB, syarikat dan individu berkaitan - LHDN
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menjalankan lebih 60 semakan audit terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISB), syarikat serta individu berkaitan dengannya, bagi tahun-tahun taksiran terdahulu.
LHDN terima lebih 34 juta e-Invois sejak dilaksanakan Ogos lepas
Lebih 34 juta e-Invois diterima Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) daripada pembayar cukai sejak sistem itu mula dilaksanakan 1 Ogos lepas.
Menyamar kakitangan platform e-dagang taktik penipuan terbaru
Menyamar sebagai kakitangan platform e-dagang merupakan taktik terbaru sindiket penipuan menerusi panggilan telefon yang mencatatkan kerugian RM3.92 juta dalam tempoh lapan bulan tahun ini.
Representasi ketiga status Rosmah mohon gugur kes AMLA, LHDN belum diketahui
Memandangkan kes ini melibatkan isu semakan dengan pihak LHDN, maka prosedur terbabit memerlukan masa untuk disediakan.
DRB-HICOM akan rayu notis taksiran berjumlah RM246.25 juta daripada LHDN
DRB-HICOM akan membuat rayuan dan jika perlu, memulakan prosiding undang-undang untuk mencabar asas dan kesahihan notis taksiran LHDN.
Waspada sindiket penipuan guna nama LHDN perangkap mangsa
LHDN mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan sebarang bentuk emel, pautan yang mencurigakan dan panggilan telefon berhubung isu percukaian serta bantuan khas kerajaan.
TNB akan rayu taksiran tambahan LHDN berjumlah RM1.39 bilion
TNB juga telah memperoleh perintah penangguhan sementara terhadap pembayaran cukai berkenaan.
Pelarasan gaji penjawat awam, LHDN jangka pembayar cukai bertambah
LHDN menjangkakan pembayar cukai dalam kalangan penjawat awam meningkat susulan pengumuman pelarasan gaji oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lepas.