Pembedahan untuk memotong tangan pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi yang dijadual hari ini tidak dapat dijalankan berikutan keadaan jantungnya yang tidak stabil.
Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffie, 11, yang didakwa telah dipukul pembantu warden sehingga menyebabkan kedua-dua belah kakinya dipotong itu kini masih dalam pemantauan doktor.
Menurut ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, 38, pada malam semalam doktor mengesahkan tangan pelajar itu perlu dipotong bagi memastikan dia berada dalam keadaan baik, selain untuk mengelak jangkitan kuman merebak ke kawasan lain anggota badan.
Namun selepas pemeriksaan dibuat pagi tadi, pembedahan terpaksa ditangguhkan ke satu masa yang belum ditentukan berikutan keadaan jantungnya.
Pada Jumaat lalu, Mohamad Thaqif terpaksa menanggung kecacatan kekal apabila kedua-dua belah kakinya dipotong pihak hospital selepas didapati mengalami pendarahan dan luka dalaman serta jangkitan kuman.
Dia dipercayai mengalami kesakitan di bahagian kaki sejak dua minggu lalu selepas disebat oleh pembantu warden di tapak kaki dan betis dalam keadaan bersujud.
Sementara itu, pembantu warden madrasah yang dipercayai suspek kepada kes berkenaan disambung reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 29 April.
Permohonan dibuat di Mahkamah Majistret Kota Tinggi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Komisioner Rahmat Othman yang mengesahkan perkara itu turut memberitahu permohonan sambung reman adalah bagi meneruskan siasatan mengenai kes itu.
Sebelum ini Majistret Mazana Sinin membenarkan suspek ditahan reman selama empat hari bermula 23 April.
BACA: Pelajar tahfiz: Keluarga mengharap keajaiban
BACA: Kes pelajar tahfiz disebat: Tidak perlu menuding jari
BACA: Sebat kaki pelajar: Madrasah tahfiz swasta disiasat
Shahrul Hassan
Wed Apr 26 2017
![Pembedahan tangan Mohamad Thaqif pagi ini ditangguhkan - Keluarga Pembedahan tangan Mohamad Thaqif pagi ini ditangguhkan - Keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/61492863364_deraderatahfizt.jpg)
Usaha telah dilakukan sedaya upaya untuk menyelamatkan tangan Mohd Thaqif Amin untuk tidak dipotong. - Gambar fail
Panama nafi pengecualian bayaran transit terusan
Panama menafikan dakwaan bahawa ia bersetuju mengetepikan bayaran bagi kapal kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan Terusan Panama.
Trump larang penyertaan golongan 'trans' dalam sukan wanita
Presiden ke-47 Amerika Syarikat, Donald Trump dalam perintah eksekutif terbaharunya melarang penyertaan golongan transgender dalam sukan yang ditetapkan untuk wanita. Beliau dalam kenyataan berkata, pentadbirannya akan mempertahankan 'tradisi' penyertaan hanya jantina asli yang dibenarkan dalam bidang sukan yang dikhaskan untuk golongan wanita.
Penunjuk perasaan bakar rumah keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Ribuan penunjuk perasaan membakar rumah pemimpin pengasas Bangladesh ketika anak perempuannya yang juga bekas Perdana Menteri yang digulingkan, Sheikh Hasina dijadual berucap di media sosial.
Keindahan kosmos dari balai Paranal diancam cahaya
Langit luas, indah dengan kerdipan bintang, bagaikan hamparan kosmos yang menyelimuti bumi...
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi
Lebih 450 peluang pekerjaan kejuruteraan kecerdasan buatan (AI) berkemahiran tinggi akan diwujudkan di negara ini menerusi kerjasama antara Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) dan Global AI Village (GAIV).
MyCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bil - Armizan
MyCC menggerakkan strategi khusus untuk meningkatkan penguatkuasaan terhadap satu daripada cabang aktiviti kartel sejak sekian lama, iaitu pakatan tipuan bida.
Atasi kegagalan CEO GLC urus operasi - PM Anwar
Pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat milik kerajaan menggunakan sistem e-SelfAudit berasaskan kecerdasan buatan (AI) bertujuan menangani beberapa kelemahan seperti kegagalan mengurus dan menyelia operasi syarikat serta kerugian yang berterusan.
Tiga lelaki didakwa terlibat rusuhan, miliki pisau
Lelaki terlibat rusuhan, mengaku bersalah, memiliki pisau dan didakwa di Mahkamah Majistret
Tujuh jalan sekitar Batu Caves ditutup bermula 9 hingga 14 Februari
Sempena perayaan Thaipusam yang akan disambut 11 Februari ini, tujuh jalan utama sekitar Batu Caves yang berada di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak akan ditutup bermula 8 Februari ini hingga 14 Februari.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
![Keluarga pelajar tahfiz ambil tindakan undang-undang jika kematiannya berkaitan pukul Keluarga pelajar tahfiz ambil tindakan undang-undang jika kematiannya berkaitan pukul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/81492847294_DeraTahfiz.jpg)
Keluarga pelajar tahfiz ambil tindakan undang-undang jika kematiannya berkaitan pukul
Keluarga pelajar madrasah tahfiz, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya kematian pelajar berkenaan mempunyai kaitan dengan kes pukul terhadapnya.
![Pelajar tahfiz Mohamad Thaqif meninggal dunia Pelajar tahfiz Mohamad Thaqif meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/81492847294_DeraTahfiz.jpg)
Pelajar tahfiz Mohamad Thaqif meninggal dunia
Pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi, Johor dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) kira-kira jam 2.05 petang tadi.